Tuesday, December 14, 2010

Pembohong & Pencuri






Allah melaknat Pembohong & Pencuri

Pepatah melayu juga mengatakan:
Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri....

Apa kita akan buat kepada sahabat kita yang berbohong dan mencuri? sure kalau boleh belasah... kita belasah jee kan... & sure kita tak kan kawan & bersahabat dengan nya lagi...

Bagaimana pula dengan Kerajaan ini yang pembohong dan mencuri kuasa beli rakyat?????


(TANDA_TANDA KEJATUHAN KERAJAAN INI)

Tuesday, November 30, 2010

Al-Quran Menjawab Semua Pertanyaan Manusia





petikan dari: greenboc.blogspot.com



Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?


Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?


Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku menyatakan aku frust ?

Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an Menjawab : dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an Menjawab : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?

Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah : 111)

Saturday, November 20, 2010

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti



PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan. Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk
menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapatkedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku seringdihakimi dan bukan dimengerti…

KOLONEL JIHAD

Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia menceritakan pengalamannya sebagai seorang aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan.




dari meja juvitaku:

dapatkan buku Kolonel Jihad di kedai MPH

Saturday, November 13, 2010

ISTERI YANG SENTIASA DARA

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .









Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Monday, November 1, 2010

Kekang nafsu 'gelap'

Dari: ARTIKEL MYMETRO

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:
• Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.
• Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.
• Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.
• Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
• Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.
• Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
• Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.
• Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
• Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
• Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
• Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
• Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Saturday, May 29, 2010

Orang Berhimpun, Bantah Kerajaan 1Malaysia Lulus Lesen Judi Bola Sepak

Tadi solat Jumaat di USJ2, lepas solat Jumaat imam ajak solat hajat supaya lesen judi yang dikeluarkan itu ditarik balik....

Imam dan makmum ada yg nangis, menangisi takutkan neraka Allah... tapi yang peliknya kerajaan kita sekarang nie mengundang kemurkaan Allah...

Maka tunggulah saatnya... apabila kita semua tak mampu untuk menepis bala dariNya

_______________________________________________________________



Rakyat Selangor terus bangkit membantah tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat hari ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan 1Malaysia bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Beberapa wakil dewan pemuda Pas memberi ucapan dengan lantang membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak.

"Anak-anak muda minat bola. Sebagai umat islam yang sayangkan agama dan bangsa. marilah kita menentang pemberian lesen judi. ini menjadi tanda kerajaan BN ingin jadikan negara ini negara judi."

Wakil dewan pemuda pas juga berkata dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

"Dengan membiarkan judi berleluasa, dengan membiarkan negara ini ditadbir dengan wang judi, dengan membiarkan negara ini ditadbir oleh pencinta-pencinta judi dan percaya masyarakat Islam, tidak kira latar belakang politik adalah benci kepada judi."

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Sokongan padu yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat yang hadir pada petang itu menampakkan kekuatan semangat yang ditunjukkan untuk menentang habis-habisan keputusan kerajaan Umno-Bn meluluskan lesen judi bola.

Minggu lalu, lima buah negeri, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan. -TVS
________________________________________________

Demo Bantah Lesen Judi Di Depan Kediaman Awang Adek

KOTA BHARU 28 Mei - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan sempena musim bola sepak Piala Dunia terus mengundang tentangan dari segenap lapisan rakyat Malaysia.

Dewan Pemuda PAS hari ini melalui Kempen Anti Judi (KEJI) telah menganjurkan perhimpunan di hadapan kediaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di Bachok bagi menyatakan bantahan terhadap beliau yang mengumumkan keputusan keputusan lesen judi tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Krai menjelaskan perhimpunan yang diadakan di Bachok ini sebagai satu langkah simbolik terhadap orang yang pertama yang membuat menyentuh mengenai lesen judi.

"Demo hari ini adalah salah satu siri bantahan kita terhadap kelulusan lesen judi tersebut, kita memilih Bachok adalah sebagai simbolik tentangan kita kerana orang yang pertama bercakap tentang lesen judi adalah orang yang berasal dari Bachok iaitu Awang Adek itu sendiri.

"Inilah calon Menteri Besar Kelantan pada pilihan raya umum 2008 yang lepas, jelas tidak ada langsung tokoh yang dipilih oleh Umno untuk dijadikan Menteri Besar. Saya merasakan tindakan yang bijak telah diambil oleh seluruh penduduk Bachok dengan menolak beliau semasa PRU yang lepas.

"Demo bantahan ini akan terus dilakukan sehinggalah satu perhimpunan terakhir melibatkan 100,000 orang yang akan hadir di Kuala Lumpur pada 3 Julai depan untuk memberi sokongan agar kerajaan membatalkan kelulusan tersebut," jelasnya.

Beliau menekankan kerajaan tidak pernah peka dengan apa yang mereka lakukan dan tindakan tersebut menyebab judi sukan menjadi satu budaya yang akan berkembang hebat jika tidak dikawal.

"Selain itu juga tindakan tersebut akan menyebabkan malapetaka menimpa negara ini dan ia perlu di halang segera. Malu dengan sikap Awang Adek sebagai seorang Islam mengumumkan tindakan tersebut.

"Saya akan membangkitkan kelulusan lesen judi ini di parlimen bagi mengetahu apa sebenarnya alasan kerajaan atas tindakan yang diambil," kata beliau lagi.

Beliau memberitahu jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap bantahan kita ini menyebabkan perhimpunan tersebut akan diteruskan dan bersedia untuk menghadapi apa-apa jua tentangan.

"Kita sanggup menghadapi apa jua tentangan tidak kira pihak berkuasa ataupun sesiapa sahaja, bagi kita tentangan itu kecil jika dibandingkan dengan hukum dari Allah berikan kepada umatNya jika kita menghalalkan sesuatu yang haram. Kita akan terus berjuang untuk menyelamatkan negara ini dari menerima laknat dari Allah," katanya lagi.

Saturday, April 24, 2010

Biar Betul!!! Hospital Sepanyol lakukan pembedahan 'pindah muka' pertama

2010/04/24
MADRID: Sepasukan pakar bedah berjaya melakukan pembedahan pemindahan seluruh muka pertama ke atas seorang peladang muda Sepanyol yang tidak boleh bernafas atau makan sendiri sejak tertembak muka lima tahun lalu.

Ia adalah pembedahan muka paling menyeluruh dan ke-11 yang diketahui seluruh dunia.


Dr Joan Pere Barret berkata, semasa pembedahan selama 24 jam itu, doktor mengangkat seluruh muka penderma, termasuk bahagian rahang, hidung, tulang pipi, otot, gigi dan kelopak mata dan meletakkannya ke atas muka pesakit. Pakar bedah pemindahan menyifatkan pemedahan pada bulan lalu di Hospital Vall d’Hebron di Barcelona sebagai kemajuan ketara.

Pesakit itu yang tidak dinamakan, kini mempunyai muka baru dari sempadan rambut ke bawah dengan hanya garis parut hingga ke leher.

Lelaki itu masih belum dapat bercakap, makan atau senyum tetapi sudah boleh melihat dan menelan air liur.

Beliau dijangka boleh makan dan bernafas sendiri dalam masa seminggu.
"Ia seperti filem Face/Off," kata Dr Barret. - AP

Sunday, March 28, 2010

Berhati-hati dengan gadis ini..

Aku ada satu cerita nak kongsi dengan korang. Harap jadikan ikhtibar.

Pada satu hari, ada seorang gadis buta yang tidak dapat melihat dunia yang penuh indah dan aman ini. Gadis buta ini sangat benci dirinya kerana dia adalah seorang gadis yang buta.

Gadis buta ini bersyukur even dia buta, ada seorang pemuda yang sudi jadi kekasihnya. pemuda ini selalu temankan gadis buta ini jika hendak pergi ke mana sahaja. Pergi beli santan, pemuda belikan. Pergi temankan tengok wayang, pun pemuda ini temankan walaupun dia tahu gadis buta ini memang mustahil boleh melihat. Pergi makan KFC pun pemuda ini sanggup temankan sehingga sanggup tolong suapkan gadis buta ini. Betapa bestnya hidup gadis buta ini.

Dan pada satu hari, gadis buta ini berkata kepada pemuda tersebut

“Jika satu hari nanti aku dapat melihat semula, engkaulah yang aku akan kahwin!”

Tiba-tiba. Pada suatu hari. Pihak hospital panggil si gadis buta ini dan bagitau ada orang sudi dermakan mata kepada gadis ini. So, dengan berbunga hatinya gadis ini gembira dan beritahu sekali lagi kat kekasihnya (pemuda tadi) yang dia akan kahwin dengannya jika dia dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kekasihnya itu sangat happy..

Selesai pembedahan dan gadis buta itu akhirnya dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kepada kekasihnya berkata:

” Akulah kekasih kau yang selalu menemani kau ke mana sahaja kau pergi. Jadi, sudikah engkau mengahwini ku?” jelas dan soal pemuda tersebut.

Alangkah terkejutnya Gadis yang sudah tidak buta itu melihat seorang pemuda yang juga buta sepertinya sebelum ini. Dengan pantasnya gadis itu menolak permintaan pemuda buta untuk mengahwini dirinya..

Dengan lemah longlai pemuda itu bangun dan berjalan. Ketika dipintu bilik sebelum keluar dari bilik gadis buta itu. Pemuda itu menoleh dan berkata:

” Jagalah kedua pasang mataku itu dengan baik..” Suara pemuda itu dengan tangisan dan kesedihan yang melampau..

So, Apakah Moral untuk kisah kali ini?


1. Keadaan ini membuktikan bahawa otak manusia akan berubah apabila statusnya berubah

2. Tak ada orang yang suka keadaan yang menyusahkan dirinya.

3. Jangan mendermakan mata kepada orang yang kita sayang! Amaran dari aku melainkan korang nak terima akibat yang sama macam cerita ini..

Dari Meja Juvitaku:
Emmm betul ke, kita tak boleh mengorbankan keseluruhan kesempurnaan kita walaupun utk orang yang tersayang?

Friday, March 5, 2010

1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi).

Artikel yang perlu dibaca dan dikongsi bersama...(sangat penting)..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Sewaktu saya masih kecil di peringkat sekolah menengah rendah, horoskop adalah mainan biasa diri saya serta hampir keseluruhan rakan-rakan. Tidak membaca dan tidak memahami horoskop seperti ketinggalan zaman. Sebutan seperti “saya bintang cancer awak bintang apa?” memang menjadi lumrah di kalangan rakan sebaya saya malahan arang dewasa pun amat ghairah dengan horoskop ini.

Horoskop atau pun dikenali juga sebagai astrologi atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capri­corn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Berikut adalah jadual tarikh lahir dengan nama zodiac masing-masing iaitu :
Aries (March 22 - April 20)
Taurus (April 21 - May 21)
Gemini (May 22 - June 21)
Cancer (June 22 - July 22)
Leo (July 23 - Aug 22)
Virgo (Aug 23 - Sep 22)
Libra (Sep 23 - Oct 23)
Scorpio (Oct 24 - Nov 21)
Sagittarius (Nov 22 - Dec 21)
Capricorn (Dec 22 - Jan 20)
Aquaries (Jan 21 - Feb 21)
Pisces (Feb 22 - Mar 21)

Berikut pula adalah antara ramalan personality lelaki mengikut horoskop: yang saya ambil dari http://www.esempoi.com/personaliti/personaliti-lelaki-mengikut-horoskop/ :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.
Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari laman memfokuskan horoskop seperti http://astrology.hotplugins.com/7824/ , dan laman-laman seangkatan dengannya pelbagai khidmat boleh diperolehi seperti:
Ramalan zodiak mengikut
Hari
Minggu
Bulan
Tahun
Keserasian pasangan kekasih (Compatibility romance)
Ramalan kewangan
Cinta orang bujang dan sudah berkahwin
Penyakit setiap zodiak dsb
Disebabkan terlalu ramai meminati horoskop ini, media masa seperti surat khabar dan majalah masing-masing berlumba mengemukakan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari. Setiap hari media massa ini menyajikan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari.

Pada hari ini bilangan media massa yang menyajikan pelbagai ramalan horoskop masih tinggi walaupun media massa ini adalah disasarkan untuk umat Islam. Hari ini horoskop juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Bayar sekian ringgit setiap bulan dan ramalan zodiak akan terus ke handphone anda setiap hari.

Disebalik begitu ramai umat Islam yang begitu ghairah dan meminati ramalan horoskop ini di Malaysia, apakah sebenarnya hukum membaca dan membenarkan ramalan horoskop ini?

Hukum Membaca dan Mempercayai Horoskop/ZodiakHoroskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain."Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Astrologi China??? ”. Bagi mereka yang benar-benar mantap ilmunya, mereka akan terus menolak astrologi China ini.

Astrologi China membahagikan tahun-tahun kepada:

Tahun Tikus : 1948, 1960, 1972, 1984, 1996
Tahun Lembu : 1949, 1961, 1973, 1985, 1997
Tahun Harimau : 1950, 1962, 1974, 1986, 1998
Tahun Arnab : 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
dsbnya

Astrologi China meramalkan setiap lelaki dan wanita yang lahir pada setiap tahun haiwan ini mempunyai personaliti dan ciri peribadi lainnya menyamai ramalan personaliti horoskop. Astrologi China ini juga meramalkan soal kehidupan, takdir, kekecewaan, nasib buruk serta nasihat untuk membaiki kualiti kehidupan. Banyak laman web di internet menyediakan khidmat ramalan astrologi China ini secara percuma.

Apa yang penting yang ingin saya tegaskan di sini ialah membaca dan membenarkan ramalan horoskop atau ramalan astrologi China hanyalah membawa kesengsaraan semata-mata kepada umat Islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop dan astrologi China membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop dan astrologi China ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Numerologi???

Ilmu Numerologi adalah satu ilmu berkenaan cara-cara menghitung dan menggunakan angka-angka / nombor-nombor untuk mengetahui sifat manusia. Numerologi adalah bentuk tertua dari ilmu nujum / meramal. Asal usulnya tidak dapat dikenalpasti tetapi bangsa Mesir kuno, Babylonia, China dan bangsa lainnya mempunyai teori nujum dengan angka-angka. Konsepnya diambil berdasarkan fenomena alam seperti, pelangi warnanya 7 buah ada 12 beserta zodiaknya dan sebagainya.
Walau ada beberapa pengembangan variasi antara sistem-sistem numerologi, sebagian besar didasarkan pada teori matematika Yunani, dan ahli falsafah seperti Pytahgoras. Ia (Pytahgoras) percaya bahwa seluruh alam maya ini dapat dihitung secara matematik, dan bahkan dapat dipersembahkan dengan angka-angka yang merupakan kunci alam maya ini.
Numerologi dikenali juga dengan nama numeromancy atau arithomancy, pernah digunakan sebagai bentuk ramalan umum. Pada masa kini, ilmu numerologi banyak digunakan berkaitan dengan analisa kepribadian dan potensi diri sahaja.
Dasar kepercayaan numerologi, bahawa angka-angka terutama angka primer iaitu 1 sampai 9, mempunyai pengaruh terhadap segala segi kehidupan dan kepribadian kita.
Untuk lebih memahami ilmu numerology (untuk kajian dan bukan untuk diamalkan), bolehlah pembaca melayari http://www.dewa.com/dagelan/nomor.htm dan banyak lagi laman lain di internet.
Di dalam satu laman web ada menyebutkan bahawa :
“Get Your Free Numerology Reading Here
This is the popular web site where you and your friends can all get numerology readings for free.
Scroll down for your free numerology readings.
Numerology can tell you secrets about yourself- how you see the world; how the world sees you, your soul's urge.
Know yourself better. Know your friends better.
Divine your future. ”
Melalui ilmu celaka Numerologi inilah maka timbul istilah nombor sial dan nombor bertuah. Mereka yang percaya kepada numerology ini menganggap bahawa nombor 13 adalah nombor sial. Inilah yang menyebabkan hotel tidak mempunyai tingkat 13 dan nombor bilik 13. Di kawasan perumahan pula agensi kerajaan bersama-sama memeriahkan ilmu numerology ini dengan meniadakan rumah yang bernombor 13. Perbuatan ini seolah-olah mendidik masyarakat Islam agar percaya dengan ilmu numerology.
Melalui ilmu numerology ini mereka menghasilkan Carta Ciri-ciri Nombor berikut:
Chart of Characteristicsof Numbers
1
unity, creation, independence
2
duality, emergence
3
power, generative force
4
solidity, dullness
5
sensuality, pleasure
6
perfection, harmony, balance
7
mysticism, psychic, magic
8
material, success, justice
9
spiritual, mental achievement
Melalui laman http://www.themystica.com/mystica/articles/n/numerology.html mereka mengajarkan bahawa nama "John Smith" has a numerological value of 8. From the Chart of Characteristics of Numbers 8 has the characteristics of material, success, justice.
Masalah yang ingin saya ajukan di sini adalah “adakah ilmu numerologi ini dibenarkan dalam Islam?” Sebenarnya ilmu numerologi ini adalah ilmu nujum atau meramal yang duduk satu kapal dengan ilmu horoskop / astrologi dan astrologi China. Dan itulah juga sebabnya dalam banyak hal seperti di http://astrology.hotplugins.com/7824/ , ilmu sesat numerologi diletakkan satu kapal dengan ilmu meramal / nujum lainnya iaitu:
Horoskop
Chinese Astrology
Palmistry (imu menilik melalui tapak tangan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop, astrologi China dan numerologi membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop, astrologi China dan numerologi ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Rahsia Tarikh Lahir???

Ilmu analisis rahsia tarikh lahir adalah satu cabang applikasi dari ilmu sesat NUMEROLOGI. Melalui nombor-nombor ini kelak ramalan akan dikeluarkan bagi seseorang mirip ilmu horoskop dan astrologi China.

Antara pelopor ilmu rahsia tarikh lahir di Malaysia ialah Dr Fadzilah Kamsah seperti di http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com/2008/01/tip-mengenal-diri-sendiri-melalui.html dan Azizan Osman.

Baru-baru ini iaitu Ahad 26 Julai 2009, akhbar Harian Metro memuatkan kisah ilmu rahsia Tarikh lahir yang diterajui oleh Azizan Osman sebanyak dua muka penuh, waduh waduh masing-masing berlumba tolong menolong mungkin untuk saham ke neraka?? Dalam artikel ini dinyatakan bahawa telah lebih dari 10,000 orang yang mengikuti seminar kendalian Azizan ini walau pun belum sampai setahun. Begitu ghairah sekali umat Malaysia mempelajari ilmu nujum numerology yang dikendalikan Azizan ini.

Azizan menyatakan bahawa bahawa ilmu ini boleh digunakan untuk memilih jodoh. Apa bezanya dengan ilmu memilih jodoh sebagaimana yang diajarkan dalam horoskop dan astrologi China?? Memangnya mereka adalah adik beradik.

Azizan mempelajari ilmu numerology ini mulai tingkatan 3 dan seterusnya mendalami ilmu ini daripada seorang orang bukan Islam dari Kanada bernama T Harve Eker di Singapura. Dialah mentor Azizan.

Azizan muila memasarkan khidmat mengajar ilmu rahsia Tarikh lahir ini mulai Jun 2008.

Azizan mendapat PhD Sains Metafizik dari Gordon University Florida. Memanglah lulusan sains metafizik mempunyai persamaan kerana mereka mempelajari ilmu yang lebih kurang sama. Ilmu aura chakra kuasa minda juga adalah bidang sains metafizik sama seperti ilmu numerology ini. Bagi orang bukan Islam ilmu meramal melalui tapak tangan (palmistry) pun mereka namakan sains metafizik.

Selain Azizan dan Dr Fadzilah Kamsah, terdapat ramai individu Islam lain di internet yang turut menawarkan perkhidmatan ilmu Rahsia Tarikh Lahir ini. Sedarlah bahawa ilmu NUMEROLOGY yang menjadi teras Ilmu Rahsia Tarikh Lahir adalah satu ilmu meramal atau ilmu nujum dan Islam adalah melarang sama sekali ilmu seperti ini. Hukum mengamalkan ilmu seperti ini adalah berat sebagaimana dinyatakan di atas dan apa yang lebih berat adalah dosa setiap pelajar yang diajarkan ilmu ini juga akan turut ditanggung oleh orang yang mengajarkannya.

Kepada mereka yang mengajarkan ilmu ini serta yang mengamalkan ilmu ini, bertaubatlah.

Sekian wallahuaqlam

Emjay


Prev: AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULENNext: Penyakit berjangkit H1N1, apakah tindakan kita?
reply
102 CommentsChronological Reverse Threaded


reply
azaminamin wrote on Jul 30, '09
Assalamualaikum Saudara Emjayjb,Terima kasih atas info maklumat yang diberikan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. Saya sudah lama agak curiga, dengan rawatan-rawatan alternatif dan ilmu-ilmu yang tidak disandarkan dengan petujujuk daripada Rasullullah s.aw. apatah lagi bukan dari al-Quran. Masing-masing, melapikkan kalimah khidmat mereka dengan 'ikhtiar kerana Allah' sedangkan mereka memesongkannya.Ramai juga mudah terpedaya hanya dengan meletakkan beberapa 'standard' tertentu untuk mengesahkan kehebatan seseorang dan boleh dipercayai antaranya dengan ciri-ciri berikut:-1. Dia seorang ustaz, orang mengaji agama (tak kira ustaz muqaddam kah, ustaz bahasa arabkah, ustaz mesirkah)2. Dia sudah pergi haji (Kalau banyak kali, lagi kuatlah kepercayaannya)3. Dia sembahyang (Kelihatan di masjid, atau ternampak dia solat dirumah dsb)4. Pakaiannya cantik, berjubah, berserban, kemas5. Bahasanya lembut dan sopan6. Dia dikenali, tokoh terkenal atau popular7.Dia sudah berjaya, kaya, ada keluarga dan lain-lain lagi.Tujuan saya membangkitkan ini, bukanlah bermakna memberi gambaran yang salah kepada 7 watak yang saya tonjolkan ini. Ramai lagi yang baik-baik dan memang ada 7 watak ini, di kalangan orang baik-baik. Tetapi menjadikan 7 watak ini, sebagai salah satu 'standard' atau kayu ukur untuk membuat apa saja dan menerima apa saja yang dilontarkan, saya rasa ianya tidak wajar. Mungkin saudara boleh ulas sedikit....Apa pun dilakukan, semua mestilah berdasarkan ilmu. Beragama juga perlu berilmu. Dan pastikan ada dalil dan nasnya.Saya sudah lama mengikuti perbahasan, debat dan perbincangan di web ini dan ianya menyuntik ilmu yang baik. Cuma kurang suka dan tidak selesa, jika bahasanya agak kesat dan kasar.Teruskan perjuangan, salam hormat ikhlas dari saya...Wassalam.Azamin Amin, Penolong Pengarang Harakahdaily.p/s: jika boleh bertemu dan berurusan di kemudian hari, email saya di azaminamin@yahoo.com

Saturday, February 27, 2010

Misteri: 'Pembunuh' firaun muda

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my













WAJAH Tutankhamun atau Firaun muda yang dihasilkan imej komputer dan tengkoraknya yang berusia ribuan tahun.

Analisis DNA lerai misteri 3,000 tahun kematian Raja Tuntankhamun serta rahsianya bertongkat

MISTERI yang melingkari hidup dan mati Raja Tut atau nama sebenarnya Tutankhamun tidak pernah gagal menarik perhatian dunia. Sebarkan apa saja mengenai Firaun muda itu - mitos atau hakikat, pasti ada cerita susulan menerusi penerokaan penyelidik yang tidak pernah jemu mengkaji mumia terkenal itu.

Selama lebih 3,000 tahun, dunia mengenali Raja Tut atau ‘Raja Budak’ yang menaiki takhta pada usia 10 tahun sebagai cacat. Namun hasil kajian DNA terhadap mumia King Tut selama dua tahun, menunjukkan beliau mengalami bibir sumbing, masalah tulang kronik dan kaki sejak lahir serta dijangkiti malaria yang mengancam nyawa. Lebih mengejutkan, ibu bapanya bersaudara dan dia sendiri mungkin mengahwini saudara perempuannya sendiri.

Terbongkarnya misteri kematian Raja Tut itu melenyapkan dakwaan yang beliau mati dibunuh. Tetapi sains membuktikan sehebat-hebatnya Firaun muda ini, beliau juga manusia biasa yang tidak kebal kepada serangan penyakit yang mungkin wujud lebih lama daripada Raja Tut sendiri.

Carsten Pusch, salah seorang daripada dua saintis bukan berketurunan Mesir yang diminta membantu pasukan negara itu mengkaji 16 mumia, termasuk Raja Tut, berkata perubatan, radiologi dan siasatan genetik mendedahkan hubungan sebenar antara mumia dan penyakit yang dialami ketika meninggal dunia.

“Kita membuka alam semesta. Kita ‘menghidupkan’ semula mereka yang terbukti manusia biasa,” kata Dr Pusch mengenai disiplin baru itu, yang digelar sama ada Molekul Mesir atau Perubatan Mesir, yang membabitkan penggunaan peralatan forensik moden kepada mumia bersejarah Mesir.














Sejak Howard Carter menemui makan itu pada tahun 1922, Firaun muda itu sentiasa menjadi bahan berita. Tutankhamen memerintah selama sembilan tahun dalam dinasti ke-18 Kerajaan baru, sehingga dia menemui ajal pada tahun 1324 Sebelum Masihi ketika berusia 19 tahun.

Kesan prosedur pengawetan yang diamalkan oleh pegawai agama Mesir beribu tahun lalu, penyelidik menemui DNA kukuh untuk membina semula susur galur keturunan Raja Tut. Keturunan keluarganya bermula dengan moyangnya, Thuya dan Yuya. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini dikenali sebagai Ratu Tiye, nenek Raja Tut dan isteri kepada Amenhotep III.

Anak-anak mereka adalah ibu bapa Raja Tut. Akhenaten adalah bapanya dan mumia yang masih belum mempunyai nama ialah ibunya dan dua daripada mereka adik beradik.

Dua janin perempuan yang meninggal ketika dilahirkan yang ditemui dalam makam Raja Tut berkemungkinan anaknya, walaupun penyelidik belum memperoleh profil penuh DNA bagi kedua-duanya.

“Tulang temulang amat rapuh tetapi beberapa penanda DNA yang kami miliki setakat ini menunjukkan mereka adalah anak Tutankhamen,” kata Dr Pusch.

DNA janin berkenaan turut padan dengan satu lagi mumia perempuan yang berkemungkinan ibu mereka. Penyelidik tidak dapat mengambil profil penuh DNA mumia itu tetapi ia ‘menunjukkan beberapa persamaan’ dengan DNA Raja Tut, menunjukkan mereka mungkin saudara kandung atau saudara tirinya - ‘tidak memeranjatkan memandangkan berlakunya perkahwinan sesama keluarga dalam keturunan itu,’ kata Dr Pusch.

Penyelidik seterusnya menyelesaikan teori mengenai sama ada bapa Raja Tut, Akhenaten, mempunyai penyakit hormon, yang mungkin menjelaskan mengapa banyak artifak menunjukkan dia mempunyai banyak sifat kewanitaan seperti payu dara. Selepas pemeriksaan rapi, dirumuskan Akhenaten ‘tidak mempunyai sebarang kecacatan.’

Perkara sama tidak terjadi kepada Tutankhamen. Imbasan CT pada kaki menunjukkan dia mengalami kecacatan dan masalah tulang kronik yang digelar Penyakit Kohler. Raja Tut hidup dengan keadaan menyakitkan selama bertahun-tahun, yang memberi penjelasan mengenai kewujudan 130 tongkat yang ditemui dalam makamnya.

Saturday, February 20, 2010

45 minit cari anak hilang

Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
2010/02/19


JASIN: “Saya tak tahu kenapa sejak tiga malam lalu asyik mengusap kepala serta membelai tangan anak lelaki tunggal saya itu ketika mahu menidurkannya.



TINGGAL KENANGAN...Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal. “Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.”
Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.


Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.


Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.


“Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.


“Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.




“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.


Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.


Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.


“Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.


“Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,” katanya sambil menahan hiba.


Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.


Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.


“Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.


“Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.


“Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar,” katanya.


Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.

Thursday, January 28, 2010

Kuliah Jumaat


SIAPAKAH yang wajib ditaati oleh seorang isteri, setelah Allah, Rasul-Nya, dan suami? Apakah ayah atau ibu, atau ada yang lain selain mereka?

Alia,
Ampang Selangor


Kewajipan taat kepada makhluk, siapa pun adanya, tidak boleh bertentangan dengan kewajipan taat kepada Allah SWT. Allah SWT dalam al-Quran menggandingkan kewajipan taat kepada-Nya dengan kewajipan berbuat baik kepada orang tua iaitu firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia (Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa..." (al-Israk 17:23). Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ibu mendapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga sebelum ayah. Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang memperkenankan permintaan suami. Untuk membuat garis bawah agak sulit kerana masih ada lagi yang perlu ditaati, selain yang disebutkan seperti ketaatan kepada pemerintah.


Turutan yang diterangkan oleh Rasulullah SAW yang bersangkutan ibu dan bapa agaknya dikaitkan dengan dua perintah yang berbeza, tetapi sama dengan nilai kepentingannya. Di sini, ibu didahulukan dengan pertimbangan umum bahawa biasanya ibu lebih lemah dibandingkan dengan bapa, serta jasa ibu dalam mengandung, melahirkan dan menyusukan melebihi jasa ayah yang sekadar menumpahkan benih dengan mudah. Sedangkan, ibu harus mengandung dan melahirkannya dengan susah payah. Akan tetapi, ini tidaklah secara langsung mengharuskan seorang anak mendahului ibu daripada yang lain kerana boleh jadi dalam kes tertentu perintah ayah lebih penting untuk dipenuhi.

Apapun, ketaatan kepada makhluk - siapa pun dia - tidak boleh mengakibatkan terabainya hak seseorang. Dalam Tafsir al-Manar, Syeikh Rasyid Redha menulis: "Tidak termasuk dalam kewajipan berbuat baik kepada orang tua, mentaatinya menyangkut sesuatu yang mencabut atau mengurangi hak peribadi anak, atau rumah tangga, atau jenis pekerjaan yang bersangkut paut dengan agama atau negaranya.'

Menurut Rasyid Redha lagi, apabila kedua-dua orang tua atau salah satunya ingin memaksa pendapatnya menyangkut hal-hal di atas, maka tidaklah dianggap derhaka jika anak menolaknya - baik dari sudut pandangan akal atau agama. Ini kerana, berbuat baik dan taat kepada keduanya bukan bererti boleh mencabut hak dan kebebasan peribadinya.

Monday, January 25, 2010

Mari kita analisis bila Pilihanraya di Perak.

Keputusan Mahkamah DS Nizar dgn Zamry tuuu 9 Feb 2010.
Ada desas desus mengatakan hakim memihak kepada DS Nizar...
So.. kita tengok pulak bila keputusan mahkamah tentang DS Anwar dgn Saiful awww tuu.
So... ada sesiapa nak teka dengan klu yang ada tuuu...

klu 3:
Kalau kita dah terdesak nak kena letak jawatan tentu kita sanggup untuk dipilih secara pilihan kan.. jawapannya pilihanraya: sebelum pengistiharan Mahkamah tentang MB Perak yang sah.

klu 4:
Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman kepada DS Anwar, maka kredebiliti PKR mungkin jatuh atau naik. Jawapannya: Pilihanraya akan di adakan slps mahkamah menjatuhkan hukuman.


Keputusan pertikaian jawatan MB Perak 9 Februari

PUTRAJAYA: Hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.



Empat lagi terdiri Ketua Hakim Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Peguam Leong Cheok Keng, dari pasukan peguam bela Mohammad Nizar, berkata beliau menerima faks dari pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 11.20 pagi tadi memaklumkan kepada beliau mengenai tarikh tersebut.

Panel lima hakim yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 5 November lalu setelah selesai mendengar hujah.


Isu mengenai siapakah Menteri Besar Perak yang sah tercetus tahun lalu selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat dan daripada DAP, keluar parti masing-masing bagi menyatakan sokongan kepada BN, menyebabkan kerajaan pakatan itu tumbang.

BN dan PR masing-masing mempunyai 28 Adun tetapi BN mengambil alih pemerintahan negeri hasil sokongan tiga wakil rakyat itu.

Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, 52, meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan kemudian melantik Zambry sebagai Menteri Besar pada Februari tahun lalu selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam DUN.

Mohammad Nizar, Adun kawasan Pasir Panjang mengambil tindakan undang-undang pada 13 Februari tahun lalu, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada 11 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei tahun lalu yang mengisytiharkan pelantikan Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan. - Bernama

Sunday, January 24, 2010

Persoalan Agama: Bertaubat, mohon ampun atas perbuatan maksiat

Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Orang yang aibkan wanita dengan tuduhan zina mesti akui pembohongan depan khalayak

SEBELUM ini saya melakukan dosa berzina dan menuduh perempuan baik berzina. Saya benar-benar menyesal. Bagaimana caranya untuk saya bertaubat?

Johari
Pahang

______________________________________________________________________________________________

Untuk pengetahuan, saudara sudah melakukan dua dosa besar. Justeru saudara wajib bertaubat. Dosa pertama yang saudara nyatakan ialah zina. Orang yang melakukan maksiat seperti ini hendaklah bertaubat kepada Allah, berasa menyesal, memohon ampun kepada-Nya, dan bertekad sepenuhnya iaitu tidak mengulanginya lagi selama-lamanya.

Sebahagian ulama mengetatkan syarat untuk maksiat ini dengan berkata: "Dia wajib menemui keluarga yang dizinanya dan meminta maaf kepadanya kerana ini berhubungan dengan hak hamba (manusia), oleh kerana itu, ia harus meminta maaf kepada mereka mengenai hak mereka." Maksudnya, bahawa lelaki yang berzina harus pergi kepada keluarga wanita yang dizinanya sebagai contoh dengan mengatakan: "Saya telah berzina dengan isteri atau anak anda, oleh kerana itu maafkanlah dan ampunilah saya."

Menurut pertimbangan akal, hal ini tidak mungkin terjadi, kerana keluarga itu akan membunuhnya atau mengambil tindakan yang bermacam-macam terhadapnya. Justeru, muhaqiq menetapkan bahawa bertaubat daripada zina cukup dilakukan seseorang terhadap Tuhannya. Apabila ia bertaubat, kembali jalan yang benar, menyesal perbuatannya, dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka diharapkan Allah akan mengampuninya dan memaafkannya.

Dosa yang kedua yang saudara lakukan iaitu menuduh perempuan baik melakukan zina, wanita memelihara diri dan beriman, maka ia termasuk dosa besar dan termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, mengenai segala yang mereka lakukan.

Allah SWT telah menetapkan hukuman bagi orang yang menuduh berzina ini dengan hukuman yang terkenal dengan had qazaf (hukuman kerana menuduh berzina) di dunia dengan disebat 80 kali. Ini adalah tuduhan badan selain tidak diterima kesaksian si penuduh setelah itu, dan ini adalah hukuman moral di mana nilainya telah jatuh dan kepercayaan telah tercabut daripadanya sehingga kesaksian tidak diterima. Di samping itu, ada pula hukuman keagamaan, iaitu dituduh sebagai orang yang fasik, seperti firman Allah SWT:"...dan mereka itulah orang yang fasik." (an-Nur:4)

"Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang" (an-Nur:5)

Tetapi bagaimana caranya untuk bertaubat?

Dalam perkara ini, fuqaha dan imam berbeza pendapat. Di sini ada hak Allah SWT dan ada hak bagi wanita yang dituduh itu. Jika orang itu melontar tuduhan berkenaan di depan sekelompok orang, maka dia harus mengumumkan kebohongan tuduhannya di hadapan kelompok orang yang berkenaan, sehingga Allah meredainya atau ia pergi kepada wanita pemilik hak (yang dituduh) itu dan meminta maaf kepadanya.

Adapun mengenai dia melecehkan kehormatannya dan harga dirinya dengan mengucapkan perkataan yang tersebar ke pelbagai tempat yang menyebabkan aib wanita itu berserta keluarga dan anak-anaknya di kemudian hari, lalu si penuduh hanya mengatakan: "Saya bertaubat kepada Allah", maka hal ini belum cukup. Ia wajib menyatakan kebohongan dirinya dan mengakui bahawa ia sudah berdusta terhadap wanita itu atau ia meminta kerelaan si pemilik hak. Maka si pemilik hak boleh memaafkannya, dan jika tidak, si penuduh harus menyerahkan dirinya untuk disebat 80 kali dan bertaubat kepada Allah sesudah itu, maka taubatnya akan diterima.

Saturday, January 23, 2010

Hidup penuh bermaruah

Oleh Ahmad Naim Tahir
ahmadnaim@bharian.com.my





Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

"SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan".

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.



Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.


UMAT Islam bersolat dalam masjid yang runtuh.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.


“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya... Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah... mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah...mereka hidup seperti biasa...itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar... apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh... walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan - hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

FAKTA
Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza


Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.

Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.

Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.

Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.

Thursday, January 21, 2010

Ingatan bagi pelupa: Sifat malu berpengaruh atur pergaulan hidup

MALU sangat besar pengaruhnya dalam mengatur pergaulan hidup. Perasaan malu membuatkan orang berakal enggan mengerjakan perbuatan jahat. Sebelum wujudnya undang-undang, manusia terlebih dulu dilindungi oleh hukum yang melekat dalam budi pekerti.

Malu menjadi buah mulut orang dan berasa malu apabila orang lain hilang kepercayaan. Rasa malu tidak akan hidup dalam budi pekerti seseorang jika dia tidak mempunyai kehormatan diri.

Daripada malu timbul perasaan mempertahankan diri, bangsa, negeri dan keyakinan. Perasaan itu juga mendorong berkejar-kejar mencari kehormatan dan kemuliaan dalam lapangan perjuangan hidup kerana tidak mahu kalah, malu tertinggal dan malu tercicir.



Malu, menghasilkan kekayaan, ilmu dan fikiran baru. Malu menyebabkan orang tidak mahu mundur dalam perjuangan. Jika suatu kaum tak punya rasa malu, ia akan tertinggal daripada masyarakat lain.

Sifat malu membawa orang mengharungi lautan besar, memasuki rimba belantara, ditimpa susah dan kepayahan untuk mencapai keutamaan. Sifat malu menyebabkan manusia sanggup menahan nafsu, mengekang diri dan menempuh halangan lantaran menghindarkan daripada perangai durjana. Daripada malu juga timbul sifat baik, benar dan lurus.

Dari Meja Juvitaku:
Yang pentingnya kita hendaklah sentiasa malu dengan Allah, segala nikmat dunia, penglihatan, kesihatan tak mungkin dapat dibalas dengan apa cara sekalipun. Oleh itu insaf-insaflah yeee..terutama sesiapa yang diberi amanah sebagai pemimpin... Setiap persatu akan dihisab...

Tuesday, January 19, 2010

Betul ke US Ugut Malaysia?

Amerika Syarikat mungkin mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia jika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih gagal menangani dua isu yang dianggap serius oleh masyarakat antarabangsa, menurut sumber-sumber diplomatik.

Pentadbiran Presiden Barrack Obama menuntut penjelasan penuh dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersabit kecurian dua enjin pesawat F-5E dan siri serangan ke atas gereja serta rumah ibadat lain bersabit penggunaan kalimah Allah sejak dua minggu lalu.

Menurut sumber Wisma Putra, sekiranya Najib memandang ringan terhadap kedua-dua isu berkenaan, Washington mungkin mengenakan sekatan ekonomi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara bernilai lebih dari AS43.7 bilion.

Sebarang sekatan ekonomi akan memberi kesan buruk kepada Negara yang sudah pun ditimpa defisit belanjawan yang begitu besar. Sumber-sumber Wisma Putra memberitahu bahawa nota diplomatik yang dihantar oleh Washington mencerminkan keseriusan
pentadbiran Obama yang sebelum ini hanya membuat bantahan menerusi kenyataan.

“Selepas ini, sekiranya kerajaan masih berdolak dalik dan tidak serius menangani masalah ini, tekanan lebih hebat mungkin dikenakan termasuk sekatan ekonomi,” kata sumber berkenaan.

Dalam SMSnya kepada Suara Keadilan, Pegawai Media Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Tina Malone Washington memandang berat laporan media mengenai kehilangan ejin pesawat buatan negara itu.

“Kerajaan Amerika Syarikat memandang berat laporan mengenai kecurian enjin pesawat F-5E yang dibekalkan kepada Malaysia. Kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Malaysi membentangkan laporan komprehensif berkaitan penyiasatan mengenai perkara ini.

Sumber Wisma Putra turut mengesahkan Amerika Syarikat juga menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Malaysia bersabit serangan bom petrol dan vandalisme ke atas beberapa buah gereja Kristian.

Serangan itu bertujuan mencetuskan provokasi dan ketegangan agama setelah Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan kalimah Allah dalam laporannya.

Kebimbangan Amerika Syarikat itu disuarakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Antarabangsa Amerika Mengenai Kebebasan Agama, Leonard Leo.

“Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan. -SK

Dari meja Juvitaku:
Kalau betul terjadinya sekatan ekonomi terhadap Malaysia, samalah situasi kita dengan Korea Utara, Iran dan lain-lain negara yang dikenakan sekatan ekonomi. Apa persiapan kerajaan Negaraku yeee...

Orang putih boleh berambus!





















PENDUDUK Haiti tunggu giliran ambil bekalan makanan.


PORT-AU-PRINCE: Mangsa gempa bumi 7 skala Richter di Haiti terus maut kerana ketiadaan makanan dan ubat malah ada wanita hamil bersalin di tempat terbuka manakala orang cedera terus tiba di pusat rawatan sementara ketika operasi menyelamat diteruskan dan tentera asing tiba untuk membantu.

"Kami tidak perlukan bantuan tentera. Apa yang kami perlu ialah makanan dan tempat berteduh," kata seorang pemuda yang menjerit ke arah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika melawat ibu kota Haiti, kelmarin.

"Ajal kami semakin hampir," kata seorang wanita kepada pemimpin badan dunia itu ketika menjelaskan dia dan lima anaknya tidak ada makanan.




"Orang kulit putih, berambus dari sini," kata beberapa orang lain di kawasan setinggan Bel-Air yang mungkin kecewa kerana orang asing yang ada tidak menghantar bekalan keperluan.

Bekalan air semakin dapat dihantar kepada lebih ramai orang ketika ada laporan mengatakan pergaduhan berlaku ketika mangsa menunggu mendapatkan makanan termasuk di padang golf.

Jurucakap PBB, Elisabeth Byrs berkata, ada kemungkinan mangsa lain masih boleh hidup hingga Isnin depan. Anggota penyelamat menemui 70 mangsa yang terselamat di bawah runtuhan setakat ini.

"Masih ada mangsa yang hidup. Harapan masih ada," katanya. Program Makanan Dunia pula hampir mencapai sasaran untuk membantu 60,000 orang kelmarin, meningkat daripada 40,000 sehari sebelumnya," kata jurucakap agensi itu, David Orr.

Pegawai PBB berkata, mereka perlu menghantar bantuan kepada dua juta orang dalam tempoh sebulan.

Apa yang mengejutkan ialah penyelamat terus menemui orang terselamat di bawah runtuhan, lima hari selepas gempa melanda. – AP

Sunday, January 17, 2010

Perompak tebuk dinding larikan barang kemas lebih RM400,000

IPOH: Dua tahun selepas dirompak, sebuah kedai emas di Gunung Rapat di sini, sekali lagi mengalami kerugian lebih RM400,000 apabila ia dipecah masuk awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari pengurus kedai emas berkenaan, Roslan Zakaria, ketika beliau membuka kedainya pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Roslan berkata, ketika beliau hendak membuka kedainya pagi ini, pemilik kedai sebelah memberitahu bahawa ada lubang yang dikesan ditebuk pada dinding kedai mereka.



"Ketika memasuki kedai itu saya terkejut apabila mendapati satu lubang besar di dinding. Selepas memeriksa kedai, saya dapati beberapa dulang berisi barang kemas hilang," katanya.

Beliau berkata, awal pagi tadi alat penggera telefon bimbitnya yang disambung kepada sistem keselamatan kedai berbunyi, tetapi beliau tidak mengendahkannya kerana pernah berbunyi sebelum ini tetapi apabila diperiksa tiada berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Roslan berkata, ia adalah kali kedua kedai emasnya menjadi sasaran penjenayah, di mana dalam kejadian pertama pada Oktober 2008, empat lelaki bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai RM500,000 di kedai itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar, berkata kejadian kali ini dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam tadi hingga jam 3 pagi.

Katanya, polis percaya lebih daripada dua penjenayah terbabit dan mereka menggunakan penggerudi untuk memecah masuk kedai gunting sebelum masuk ke kedai runcit yang bersebelahan dengan kedai emas itu.

Ibrahim berkata, polis menemui sarung tangan yang ditinggalkan kumpulan itu.

Beliau meminta orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dengan menelefon 05-2451500 untuk membantu siasatan. - Bernama

Sukan: Chong Wei, Gade buat perhitungan

SEBELAH kaki Lee Chong Wei kian menghampiri gelaran sulung musim ini ketika hanya Peter Gade menjadi halangan terakhir yang perlu diatasi pada perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea di Seoul, hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu mara dengan cerita berbeza daripada lawannya dari Denmark. Malah, segala-galanya nampak mudah buat Chong Wei yang hanya memerlukan 37 minit bagi menundukkan naib juara dunia 2009 dari China, Chen Jin 21-11, 21-13.

Selepas mata awal diraih perseorangan negara, Chen Jin mengikat kedudukan 1-1. Namun, ketika pukulan kencang tampak setanding buat kedua-dua pemain, hantaran depan jaring ternyata menyebelahi Chong Wei yang menguasai mudah set pertama.

Chen Jin yang bangkit pada set kedua merampas pendahuluan sebelum pemain nombor satu dunia itu menyamakan mata 6-6 seterusnya 7-7 dan mencuri enam mata pada pertukaran servis, sebelum pantas menawan set kedua.

Sementara itu, laluan sukar pula ditempuh Gade yang tampil selaku pilihan kedua yang dipaksa bertarung selama 1 jam 2 minit untuk menumpaskan pemain dari China, Chen Long 21-13, 10-21, 21-17.

Malah, saingan berkenaan adalah pertarungan kedua berturut-turut menuntut stamina tinggi daripada Gade yang dipaksa berhempas pulas selama 1 jam 19 minit bagi mengenepikan perseorangan tuan rumah, Park Sung Hwan, di suku akhir kelmarin. Acara perseorangan wanita pula bakal menyaksikan pertembungan pemain tuan rumah, Sung Ji-hyun yang mengatasi rakan senegara, Bae Seung-hee 21-18, 17-21, 21-9 dengan pemain China, Wang Shixian yang mudah menewaskan Kim Hi-moon dari Korea Selatan 21-17, 22-20.

Beregu lelaki Korea yang juga pilihan utama, Jung Jae-sung-Lee Yong-dae pula menempuh pertarungan berganda pasangan China. Selepas menundukkan kombinasi Chai Bao-Zhang Nan 21-16, 22-20 semalam mereka akan berdepan Chai Yun-Fung Haifeng.

Pilihan kelima itu mara selepas mengenepikan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yoshiteru Hirobe 21-15, 21-14.

Turut mara, beregu utama wanita China, Cheng Shu-Zhao Yunlei yang mengatasi Ha Jung-eun-Lee Kyung-won dari Korea Selatan 21-5, 21-14 untuk bertemu pasangan Jepun, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa yang menumpaskan kombinasi tuan rumah, Jung Kyung-eun-Yoo Hyun-young 14-21, 21-17, 21-14.

Tuesday, January 12, 2010

Pakar pemusnah bom British maut di Afghanistan


LONDON: Seorang anggota tentera yang juga pakar pemusnah bom British dilaporkan terbunuh dalam satu letupan di selatan Afghanistan semalam, sekali gus petanda bahawa keganasan semakin buruk dengan enam tentera asing terbunuh setakat ini.

Tanpa menamakan anggota tentera itu, beliau dilaporkan terbunuh ketika bertugas di Wilayah Utara Helmand.

Beliau adalah anggota tentera British yang kedua maut tahun ini.



Anggota tentera berkenaan ditugaskan khusus untuk menangani semua bentuk perisian ancaman bom dan letupan dikenali Improvised Explosive Devices (IEDs).

IEDs kini menyebabkan ramai kematian dan kecederaan di kalangan anggota tentera asing yang memburu Taliban di Afghanistan.

"Ia satu kehilangan yang amat besar apabila askar dari Regimen Pemusnah Bom terbunuh akibat letupan," kata jurucakap tentera, Lt Kol David Wakefield. - AFP

Saturday, January 9, 2010

Dunia tak stabil jika Iran diserang

WASHINGTON: Serangan ke atas Iran mungkin menyebabkan keadaan menjadi amat tidak stabil dan menimbulkan kesan yang tidak dijangka di Timur Tengah.


Pengerusi Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat (AS), Admiral Mike Mullen berkata, AS bersedia berdepan sebarang risiko andai perang meletus di Iran meskipun tenteranya terbabit dalam perang di Iraq dan Afghanistan.

"Sudah lama kami memberi perhatian terhadap Iran dan menyedari potensi ancaman program nuklear Iran yang pastinya bakal diguna menghasilkan senjata.

"Jika Iran memiliki senjata nuklear, keadaan pasti tidak stabil tapi pada masa sama, senario sama juga akan turut berlaku jika Iran diserang," katanya.

Mullen bimbang kesan sampingan jika Iran diserang kerana ia pasti menyebabkan dunia bakal menjadi lebih tidak stabil.

Hingga kini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan tiga sekatan terhadap Iran kerana enggan memenuhi arahan menghentikan aktiviti sensitif program nuklearnya.

Pada masa ini, hasrat AS dan sekutunya melaksanakan sekatan keempat ditentang Russia dan China.

Pada masa sama, rundingan membabitkan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, AS, Russia, China, Perancis, Britain dan Jerman masih diteruskan dan Mullen menganggap jalan penyelesaian terbaik ialah melalui diplomasi.

"Masyarakat antarabangsa perlu berdiplomasi menyelesaikan masalah ini bagi menghalang ketidakstabilan yang mungkin berlaku menjadi kenyataan.

"Semua pihak terbabit perlu meneruskan perbincangan bagi mencapai kata sepakat," katanya lagi.

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates turut menyokong isu nuklear Iran diselesaikan di mejar rundingan. - Reuters

Friday, January 8, 2010

Tazkirah Jumaat - Jika ditakdirkan miskin..!

Oleh : gentarasa

Pernahkah anda rasa lebih miskin setelah mendapat sesuatu? Ramai yang pernah saya tanyakan mengakui pernah. Bila saya tanyakan lagi, mengapa? Mereka menjawab, sebab keinginan jadi semakin bertambah. Ketika duit sedikit… keinginan mungkin hanya satu.
Tetapi bila duit mula bertambah, keinginan jadi 2, 3, 4 dan seterusnya. Dan paling malang bila kadar pertambahan duit itu adalah rendah berbanding kadar peningkatan keinginan… Dan kita akan menjadi lebih “kurang” dan “miskin’ daripada sebelumnya! Inilah sifat tabie manusia yang diceritakan dalam al Quran, “sangat mendalam cintanya kepada kepada harta”. Tanpa kawalan iman, keinginan itu akan menjahanamkan.

Psikologi ini malangnya dieksploitasi semaksimumnya oleh para kapitalis. Mereka tahu… sebaik manusia mendapat sesuatu, keinginan mereka mula berpindah kepada sesuatu yang lain pula. Inilah di sebalik penciptaan produk dan perkhidmatan yang begitu laju. Fesyen pakaian, jenama produk, eksesori alat telekomunikasi, menu makanan yang sentiasa dinamik.

Dibius atas nama “kemajuan”, manusia disiksa dengan pelabagi keinginan yang tidak bertepian. Lalu… kapitalis memperalatkan kehendak nafsu manusia yang tidak ada batas dan tidak mengenal puas walaupun di sana Al Quran ada mengingatkan, “tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mata benda yang menipu daya!” Mari ikuti tulisanini… jangan dicari neraka dunia. Carilah syurga dunia. Tetapi sebelum itu ikuti kisah ini: Cerita ini pendek dan ringkas sahaja.

Namun pengajarannya cukup relevan dan padat. Ia mengisahkan seorang budak yang telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula-gula. Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi tidak juga ditemuinya, maka budak itu kecewa lalu menangis teresak-esak di tepi jalan. Tangisannya itu telah menarik perhatian seorang tua yang kebetulan sedang berjalan di situ. Orang tua itu berhenti dan lalu bertanya, “mengapa engkau menangis wahai budak?”.


Budak itu menjawab, “saya kehilangan wang untuk membeli gula-gula.” Orang tua itupun bersimpati lalu berkata, “hentikanlah tangisanmu dan ini wang Pak Cik sebagai gantinya.” Budak itupun menerima wang tersebut. Namun sejurus kemudian dia menangis lagi. Malah kali ini tangisannya jauh lebih kuat. Pak Cik tadi kehairanan lalu bertanya, “kenapa engkau menangis lagi? Bukankah wangmu yang hilang itu telah kugantikan?” Budak itu terus menjawab, “saya menangis kerana jika wang sebelumnya tidak hilang, maka sudah tentu sekarang saya memiliki lebih banyak wang!” Iktibar dari kisah ini sebenarnya adalah berkisar di sekitar sifat tamak dan kerakusan manusia. Budak dalam kisah ini adalah lambang tabiat manusia yang tidak sabar dengan apa yang hilang dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Pada dasarnya, keadaan ini berlaku kerana dua sifat yang semakin pupus dalam jiwa manusia yakni sifat sabar dan sifat syukur.

Tangisan pertama, menunjukkan budak itu tidak sabar dengan kehilangan wangnya. Manakala tangisan kedua pula menunjukkan budak itu tidak bersyukur dengan apa yang ada. Dalam kedua-dua keadaan kanak-kanak itu susah hati. Susah hati inilah yang menyebabkan ia menangis. Susah hatinya kerana tidak sabar. Susah hatinya kerana tidak syukur. Pendek kata cerita ini membuktikan bahawa lebih atau kurangnya harta bukanlah faktor yang menentukan ketenangan jiwa.

Timbul pertanyaan dihati kita, apa sebenarnya ketenangan itu? Dan ia terletak di mana? Adalah sesuatu yang biasa jika manusia susah hati apabila ditimpa kemiskinan… Tetapi sangat aneh, mengapa ada orang yang masih susah hati ketika dilimpahi kekayaan? Ini satu persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Sebenarnya dalam Islam hakikat kekayaan ialah kaya hati. Inilah kekayaan yang hakiki. Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak harta. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa.” Rasulullah SAW bersabda lagi: “Bukanlah dinamakan kaya itu kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.”

Apakah yang dimaksudkan dengan kaya hati? Kaya hati ialah hati itu mampu bersabar apabila ditimpa kemiskinan dan mampu bersyukur apabila mendapat kekayaan. Dan dalam apa jua keadaan orang yang memiliki hati yang sedemikian akan mendapat ketenangan dalam hidupnya. Ketenangan inilah yang menjadi asas dan teras pada kekayaan hakiki pada seseorang individu. Dan Maha Adil Tuhan yang telah menentukan bahawa kekayaan hati itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira simiskin atau sikaya. Asalkan sahaja hati itu dihubungkan dengan Allah, maka hati itu akan tenang.

Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d Soalnya bagaimana hati seseorang boleh menjadi tenang dengan mengingati Tuhan? Ini kerana apabila hati seseorang mengingati Tuhan maka seseorang individu itu akan sedar, insaf dan faham apakah maksud ketentuan dan takdir Tuhan yang telah menimpa dirinya. Bila ditimpa musibah, katalah kemiskinan, dia sedar bahawa itu adalah ketentuan dari Allah yang wajib diterima atas sifatnya sebagai hamba Allah.

Walaupun dia telah berusaha segigih dan sekuat mungkin, tetapi jika ditakdirkan miskin , diterimanya ketentuan itu dengan hati yang sabar. Dalam hatinya dia berkata, “takdir sentiasa mengatasi tadbir. Tentu ada hikmah di sebalik kepahitan ini.”Dia tidak aka n menyalahkan dirinya, orang lain, apalagi Tuhan atas nasib yang menimpanya. Kerana apa? Kerana dia sedar sebagai hamba dia hanya mampu berusaha tetapi ketentuan di tangan Allah. Maka dengan keyakinan yang sebegini orang tersebut akan merasai satu ketenangan dan kelapangan yang menjadikan dia tidak mudah untuk marah-marah dan kecewa dalam hidupnya.

Dia yakin, bahawa semua takdir Allah itu adalah baik kerana ia datang dari Allah (yang Maha Pengasih) walaupun jika dilihat secara lahiriahnya kelihatan negatif. Sebab itu kita diajar mengucapkan “innalillah wa inna ilahirajiun…” – ertinya kami datang dari Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan. Tegasnya, ucapan ini mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba-Nya. Maka jika kita sedar akan hakikat itu, layakkah kita sebagai hamba untuk ‘memberontak’ menentang sebarang ketentuan Allah? Walaupun patuh kepada-Nya bukanlah alasan untuk tidak berusaha menolak kemiskinan, kesakitan dan kegagalan namun jika ia berlaku juga tentulah ada kebaikan yang tersembunyi.

Dan hakikat itu pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah yang Maha luas. Lupakah kita bahawa Allah pernah mengintakan bahawa,“dan ada perkara yang kamu benci tetapi itu membawa kebaikan bagi kamu dan ada perkara yang kamu sukai tetapi itu tidak baik bagi kamu. Allah lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” Orang yang hatinya mengingati Allah juga akan bersifat syukur apabila mendapat nikmat. Hatinya tidak terlalu melonjak-lonjak, sombong, zalim dan memandang rendah kepada orang lain. Dia sedar bahawa kelebihan yang diberikan kepadanya hakikatnya adalah satu amanah daripada Allah yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya.

Syukur ertinya, menyedari bahawa nikmat itu adalah dari Allah seterusnya menggunakan nikmat itu selaras dengan tujuan pengurniaan nikmat tersebut. Jika dia diberi kekayaan, dia sedar itu adalah amanah dari Allah untuk membantu hamba Allah yang lain. Maka dibelanjakanlah kelebihan itu untuk membantu fakir miskin melalui ibadah zakat, sedekah dan hibah. Jika dia pandai, dia rasa kepandaian itu datangnya dari Allah lalu digunakannya kepandaian itu untuk mengajar orang lain dan membantu masyarakat.

Dia tidak sombong seperti Qarun, yang merasai kekayaannya adalah hasil kepandaiannya berniaga. Sebaliknya dia mewarisi sifat Nabi Sulaiman yang apabila dipuji dia berkata: “Semua ini adalah pemberian Tuhanku.” Justeru apabila kita dikurniakan nikmat, kita akan diajar untuk mengucapkan alhamdulillah – ertinya, segala puji bagi Allah. Apa rahsia di sebalik ucapan ini? Ertinya, kita diminta memuji Allah bukan memuji diri kita apabila mendapat nikmat. Bila dikurniakan harta, kita ucapkan ‘segala puji bagi Allah’ yang bermaksud Tuhan itulah yang mengurniakan harta kepada kita dan kepada-Nyalah kita wajib berterima-kasih. Hati kita akan puas dengan apa yang diberikan-Nya.

Sebaliknya jika kita tidak rasakan itu pemberian dari Tuhan, maka kita akan ditimpa oleh dua kemungkinan – satu rasa sombong diri dengan kelebihan dan kurniaan itu. Atau yang kedua, rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada. Mencari dan terus mencari, umpama orang yang minum air laut, makin diminum makin haus. Fenomena inilah yang melahirkan amalan ‘jenayah kolar putih’ – rasuah, penyelewengan dan berbagai-bagai skandal kewangan dikalangan orang atasan.

Sudah kaya harta, tapi masih tamak kerana miskin hatinya. Hakikat inilah yang pernah digambar oleh maksud hadis bahawa jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak, maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpanya. Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah kenal erti cukup dan puas. Ya, jika direnung dalam-dalam, ramai manusia hari ini tidak kira di mana, walau siapapun dirinya, dan pada bila-bila masapun, telah mengalami ‘sakit rohani’ seperti yang tertera dalam kisah ini. Memang, sifat sabar dan syukur jarang dimiliki oleh manusia.

Manusia selalunya bersifat keluh-kesah bila ditimpa musibah, tetapi lupakan diri apabila menerima nikmat. Tidak sabar dan tidak syukur ini menyebabkan manusia menderita dalam apa jua keadaan – sama ada dalam kekurangan atau dalam kelebihan. Benarlah kata hukama bahawa, “barang siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.” Sama seperti budak dalam cerita ini – hilang wang menangis, dapat wang pun masih menangis. Jelaslah bahawa wang dan harta bukanlah ukuran ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.

Ya, wang tidak dinafikan perlu untuk kebahagiaan hidup tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor yang menjamin kebahagiaan. Dunia masakini telah dihuni oleh ramai orang miskin yang kecewa, marah dan hasad terhadap kekayaan orang lain. Dan dengan sifat-sifat negatif itulah mereka terdorong untuk melakukan perbuatan mencuri, merompak dan rasuah. Kemiskinan harta yang dialami diiringi juga oleh kemiskinan hati. Dunia masakini juga telah dipenuhi oleh orang kaya yang tidak bersyukur, yang terus merasa miskin walaupun ditimbuni oleh wang ringgit dan harta. Akibat kemiskinan hati, orang kaya ini sentiasa merasa kurang dengan apa yang ada.

Akibatnya, berlakulah penyelewengan, rasuah, riba dan lain-lain jenayah kewangan yang dilakukan oleh orang yang telah kaya. Dengan adanya dua kelompok manusia ini, dunia menjadi semakin huru-hara. Tidak ada hubungan yang harmoni antara yang miskin dan kaya. Yang miskin hasad dengki manakala yang kaya pula terus tamak dan sombong. Moral dari cerita ini ialah carilah kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta. Kekayaan hati bukan sahaja penting di akhirat sebagai jaminan keselamatan dan kebahagiaan di sana. Namun ia juga penting untuk kebahagiaan kita di alam dunia ini lagi.

Percayalah, ketenangan di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat. Justeru dunia adalah ‘ladang’ akhirat. Bagaimana kita akan dapat menuai hasil yang baik dan lumayan di akhirat nanti, jika pokok yang kita tanam di dunia bantut dan kering layu? Sebab itu ahli sufi pernah berkata: “Carilah syurga yang disegerakan di dunia (Ajjanatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!”

Ah, nikmatnya syurga dunia, hati sentiasa lapang dan tenang. Kaya, syukur! Miskin, sabar !! Inilah hakikatnya perjuangan kita di dunia.

Sumber: albanjari: politikbanjar.blogspot.com