Monday, November 16, 2009

PERGGAJIAN PEKERJA WANITA

Artikel nie berkaitan dengan Buruh Wanita. Yaaa laaa, kan ke ramai pekerja wanita skarang niee... tak kira apa sektor pun.. diorang nie memang ramai...

Berbalik kepada kes Bank yang tak mau bayar elaun bersalin untuk staff dia tuuu..aku nak kongsi sikit apa2 yang patut.... silalah baca sampai habis..ok


1. LARANGAN TERHADAP PENGGAJIAN PEKERJA WANITA

Pekerja-pekerja wanita yang digaji dalam kegiatan perindustrian dan pertanian tidak dibenarkan bekerja di antara pukul sepuluh malam hingga pukul lima pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah atas permohonan majikan masing-masing.
"kegiatan pertanian" termasuk kerja-kerja di mana seseorang pekerja diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan pertanian, perkebunan atau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang ternakan atau pengumpulan hasil tanaman atau pokok-pokok.

1.3 Kegiatan perindustrian" termasuklah kerja-kerja berikut:-

menganggu, mengubah, membuang, membawa, mencuci, memilih, melebu menapai,memecah atau usaha-usaha lain ke atas batu-batan, batukerikil,tanah liat, pasir, tanah-tanih atau hasil galian dengan sebarang kaedah atau cara apa pun;

[AK: AKTA KERJA 1955]

perusahaan-perusahaan untuk menceluarkan, meminda, mencuci, membaiki, memasang,menyiap, mengubahsuai bahan-bahan untuk jualan, dibungkus atau disediakan untuk serahantar,dipisah atau diroboh atau mengubah bentuk bahan-bahan atau mencerakin bahan-bahan galian,termasuklah perusahaan membina kapal dan penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa bahan bakar dalam sebarang bentuk, kerja pembinaan, pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalanraya, landasan, air atau udara,termasuk pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang.

[S. 2(1) AK]

1.2 Pekerja wanita tidak dibenar menjalankan kerja-kerja bawah tanah. Kerja bawah tanah ertinya sebarang kegiatan dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada bawah permukaan bumi, samada menerusi lubang terowong atau gua batu semula jadi.

[S. 35 & S.2(1) AK]

2. PERLINDUNGAN SEMASA BERSALIN

2.1 Kelayakan pekerja wanita terhadap cuti bersalin

Setiap pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut bagi setiap kali bersalin. Bersalin bermakna melahirkan anak yang hidup atau mati yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 28 minggu hamil.

[S.37(1) (a) & S. 2(1) AK]

2.2 Bila cuti boleh diambil

Setiap pekerja wanita layak mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum bersalin atau sebaik sahaja ia bersalin.

[S. 37(1) (b) AK]

Sekiranya seseorang pekerja wanita mengambil cuti lebih daripada 30 hari sebelum ia bersalin,maka cuti yang lebih itu adalah tidak boleh dianggap sebagai cuti bersalin mengikut Akta Kerja.

2.3 Kelayakan pekerja wanita mendapat elaun bersalin

Pekerja wanita tidak layak mendapat elaun bersalin jika pada ketika bersalin ia telah mempunyai 5 orang anak atau lebih yang masih hidup. Anak bermaksud anak-anak kandung.

S. 37(1)(c)(d) AK]

Setiap pekerja wanita hanya layak mendapat elaun bersalin sekiranya pada ketika bersalin ia diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin dan telah bekerja dengan seseorang majikan tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum ia bersalin.

[S. 37(2) AK]

2.4 Notis yang perlu diberi kepada majikan

Setiap pekerja wanita yang akan meninggalkan pekerjaannnya dan mengetahui yang ia akan bersalin dalam masa 4 bulan lagi hendaklah memberitahu majikannya tentang kehamilannya sebelum meninggalkan pekerjaan itu. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya ia tidak berhak mendapat elaun bersalin.

[S. 40(1) AK]

Bagi pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja, ia hendaklah memberitahu majikannya masa dan tarikh ia dijangka memulakan cuti bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum ia dijangka bersalin. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya, pembayaran elaun bersalin kepadanya boleh ditahan sehingga ia memaklumkan majikan sewajarnya.

[S. 40(2) AK]

Notis dari pekerja kepada majikan boleh diberi secara lisan atau bertulis dan notis tersebut boleh diberi kepada penyelia atau mana-mana orang yang dilantik oleh majikan bagi tujuan tersebut.

[S. 40(7) AK]

Kegagalan memberitahu majikan akan tarikh jangkaan bersalin tidak menyekat kelayakannya untuk mendapat elaun bersalin sekiranya kegagalan itu disebabkan oleh kesilapan pekerja atau lain-lain sebab yang munasabah.

Malahan majikan diikehendaki membayar elaun bersalin walaupun tidak ada notis diberikan kepadanya sekiranya majikan tidak prejudis terhadap kegagalan pemberian notis tersebut.

[S. 40(5) & (6) AK]

3. BAYARAN ELAUN BERSALIN

Setiap pekerja wanita berhak mendapat elaun bersalin pada kadar upahnya yang biasa bagi sehari atau pada kadar tidak kurang daripada RM6/= sehari, yang mana lebih tinggi.

[S. 37(2) AK]

Seseorang pekerja wanita yang menerima gaji bulanan semasa ia dalam cuti bersalin tidak berhak mendapat apa-apa bayaran bagi tujuan cuti bersalinnya.

[S. 37(2) AK]

4. PENAMATAN PERKHIDMATAN SEMASA CUTI BERSALIN

Pekerja wanita tidak boleh dipecat daripada pekerjaannya semasa dalam cuti bersalin.

[S. 40(3) AK]

Seseorang pekerja wanita:-

(i) yang masih tidak hadir bekerja selepas berakhir tempoh kelayakan cuti bersalinnya dengan sebab sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar; dan

(ii) yang sakit akibat kehamilan dan kerana bersalin, tidak boleh ditamatkan perkhidmatannya atau tidak boleh diberi notis penamatan perkhidmatan sehingga ketidakhadirannya itu melebihi 90 hari.

[S. 42(1) AK]



Jadi.... takde sebablaa kan untuk bank tuuu tak mau bayar elaun bersalin staff dia..
(HR bank tu kata, dalam kontrak tak dinyatakan tentang kelebihan elaun bersalin.... yang staff nie pun... ngaku jee laaaa... tetapi dalam Akta Kerja ada satu clause yang mana, apa-apa Kontrak Pekerjaan yang mengurangkan benefit pekerja berbanding apa yang dinyatakan dalam Akta akan terbatal... ok.. nanti aku sambung lagiii bab CLAUSE tesebut...jumpa lagi)

Thursday, November 12, 2009


Baru-baru nie aku dapat tahu yang ada organisasi (Bank ternama & terbesar di Malaysia) mengambil mudah tentang hak pekerja… ada yang bersalin & tak diberi elaun bersalin (gaji 60 hari)…ada kes tuu diorang dah bayar gaji semasa cuti bersalin… kemudiannya pada bulan dia bekerja gajinya dipotong lump sum…siannya.. baki gaji yang tinggal cuma ciput jee lahh… (yang aku peliknya nape laaa diaorang tak buat laporan kat pejabat buruh, katanya tak mau cari gaduh dengan bebudak HR)
Okay lah.. kali nie kita bincangkan berkaitan dengan hak-hak pekerja laa.. aku harap jangan laaa ada HR yang kejam sampai tak bagi hak yang sepatutnya pekerja dapat…kan ke HR diamanahkan oleh majikan untuk laksanakan sepatutnya yang patut..



Beberapa persoalan mudah yang perlu di ketahui oleh setiap pekerja... & majikan..

Adakah anda seorang pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?
Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan dan semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Apakah Kontrak Perkhidmatan?
Kontrak Perkhidmatan ialah satu perjanjian di mana seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seseorang pekerja dan pekerja itu bersetuju berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja. Kontrak tersebut boleh dibuat sama ada secara lisan atau bertulis. Bagi kontrak perkhidmatan yang khusus bagi suatu tempoh masa tertentu dan melebihi sebulan, ianya hendaklah dibuat secara bertulis. Terma atau syarat-syarat perkhidmatan mestilah bertulis dan diberi kepada semua pekerja pada atau sebelum beliau mula bertugas. Terma-terma ini tidak boleh kurang daripada terma-terma yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Apakah keadaan menyebabkan sesuatu kontrak perkhidmatan tidak dipatuhi?

Keadaan yang boleh membawa kepada sesuatu kontrak perkhidmatan tidak dipatuhi adalah jika:- Majikan gagal membayar gaji dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir bagi tempoh upah. Pekerja tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan waktu kerja biasa?
“Waktu Kerja Biasa” ialah waktu kerja seperti yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam sehari. Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi: 8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat; 5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit; dan 48 jam seminggu.

Atas persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'kerja lebih masa' ?
Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal sehari.

Berapakah kadar bayaran kepada pekerja yang bekerja lebih masa?
Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam.

Adakah had jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dilakukan oleh pekerja dalam sebulan?
Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan.

Adakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji?
Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya?
Setiap kontrak perkhidmatan wajib menyatakan tempoh gaji yang tidak melebihi satu bulan. Sekiranya kontrak tersebut tidak menyatakan tempoh gaji tersebut, tempoh tersebut akan dikira sebagai sebulan.

Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja?
Gaji (selepas dibuat potongan-potongan seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang) dibayar tidak lewat dari hari ketujuh selepas tamat tempoh gaji. Majikan boleh memohon melanjutkan masa pembayaran gaji daripada Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

Bilakah gaji patut dibayar kepada pekerja apabila sesuatu kontrak perkhidmatan telah tamat tempohnya?
Gaji patut dibayar kepada pekerja tidak lewat daripada hari penamatan kontrak.

Bilakah gaji harus dibayar jika pekerja telah menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa sebarang notis seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 13(1) atau (2) atau Seksyen 14(3) Akta?
Dalam situasi bila mana pekerja telah menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa sebarang notis, gaji (selepas dibuat potongan-potongan seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang) hendaklah dibayar tidak lewat dari hari ketiga selepas kontrak ditamatkan.

Bilakah gaji harus dibayar jika majikan telah menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa sebarang notis seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 13(1, (2) atau 14(1) Akta?
Gaji patut dibayar kepada pekerja sebaik sahaja kontrak ditamatkan.

Adakah sah dari segi undang-undang bagi majikan yang membuat potongan dari gaji pekerjanya?

Majikan boleh membuat potongan dari gaji pekerjanya tanpa kebenaran pekerjanya dalam bentuk-bentuk berikut:- Terlebih bayar dengan tidak sengaja dalam masa tiga bulan terdekat dari tempoh bulan pengurangan itu dibuat; Indemniti kepada majikan oleh pekerja di bawah Seksyen 13(1); Pendahuluan gaji tanpa sebarang faedah yang dikenakan kepada pendahuluan gaji tersebut; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sumbangan keselamatan sosial, cukai pendapatan serta lain-lain perkara yang dibenarkan oleh undang-undang.

Apakah jenis pekerjaan yang mana wanita dilarang melakukannya di bawah Akta?
Jenis pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti berikut:
i. Kerja bawah tanah;
ii.Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 mlm sehingga 5.00 pagi tanpa pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.

Secara amnya, apakah faedah-faedah bersalin yang diberikan kepada pekerja-pekerja wanita di bawah Akta?
Secara amnya, setiap pekerja wanita adalah layak untuk mendapat cuti bersalin untuk tempoh masa tidak kurang dari 60 hari berturut-turut (tempoh masa yang diperuntukkan) dan elaun bersalin adalah tertakluk kepada tempoh kelayakan.

Bilakah sepatutnya cuti bersalin bermula?
Cuti bersalin boleh bermula dalam tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin.

Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum pekerja layak mendapat elaun bersalin?
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-
i. mempunyai kurang daripada lima orang anak yang hidup.
ii. mesti bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.

Bagaimanakah elaun bersalin dikira?
Elaun bersalin adalah berdasarkan gaji bulanan jika pekerja dibayar gaji mengikut kadar bulanan yang diterima. Elaun bersalin boleh juga dibayar mengikut kadar upah biasa harian atau mengikut kadar RM6.00 sehari, yang mana lebih tinggi untuk tempoh 60 hari berturut-turut.

Bilakah elaun bersalin harus dibayar?
Elaun bersalin hendaklah dibayar sebagaimana pembayaran gaji seolah-olah elaun itu adalah gaji dan hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas tamat tempoh gaji.

Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun?
Kelayakan cuti sakit bergaji adalah seperti berikut: Kurang dari 2 tahun perkhidmatan - 14 hari dalam setahun kalendar. lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun - 18 hari dalam setahun kalendar. 5 tahun dan lebih - 22 hari dalam setahun kalendar.

Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit?
Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh di mana pekerja berhak mendapat elaun bersalin atau menerima pampasan bagi ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Berapa lamakah tempoh notis penamatan kontrak perkhidmatan yang perlu majikan dan pekerja berikan?
Sekiranya kontrak perkhidmatan tidak menetapkan tempoh notis, tempoh notis hendaklah seperti berikut: 4 minggu notis – jika berkerja kurang daripada dua tahun; 6 minggu notis – jika bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun; atau 8 minggu notis – jika bekerja 5 tahun atau lebih.

Adakah boleh bagi majikan atau pekerja menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis?
Majikan atau pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis dalam keadaan berikut:- Dengan membayar indemniti ganti notis. Sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan.


Apakah peraturan yang memperuntukkan kelayakan Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara (Termination and Lay-off benefits) yang diliputi di bawah Akta ini?
Peraturan-peraturan Kerja (Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara), 1980

Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat faedah pemberhentian kerja?
Seseorang pekerja tidak layak menerima faedah penamatan kerja dan rentikerja sentara dalam keadaan-keadaan berikut:- bekerja kurang daripada 12 bulan sebelum tarikh penamatan. kontrak perkhidmatan telah diperbaharui atau kontraknya disambung semula dengan syarat-syarat perkhidmatan yang tidak kurang faedahnya daripada syarat-syarat dahulu. sekiranya majikan telah memberi notis penyambungan kontrak sebelum 7 hari daripada kontrak ditamatkan dengan syarat-syarat perkhidmatan tidak kurang faedahnya. Selepas menerima notis penamatan, pekerja meninggalkan tempat kerja tanpa persetujuan majikan atau membayar bayaran ganti notis.

Berapakah kadar bayaran faedah penamatan kerja?
Pekerja layak mendapat bayaran faedah penamatan kerja tidak kurang daripada:- bekerja lebih daripada setahun tetapi kurang daripada dua tahun - 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan. lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun - 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan. lima tahun dan lebih - 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.

Bilakah sepatutnya bayaran faedah penamatan kerja dibuat?
Bayaran faedah penamatan kerja perlu dibayar dalam masa 7 hari selepas penamatan.


Apakah faedah yang diperolehi oleh majikan setelah mendaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia?
Majikan yang telah mendaftar dan membayar levi Pembangunan Sumber Manusia layak mendapat bantuan kewagan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja

Ok selepas kita dah faham serba sedikit tentang Akta Kerja…nanti kita bincang khusus tentang hak-hak wanita yang bersalin semasa dia bekerja… tungguu aku free sikit laaa

Tuesday, October 20, 2009

Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka

Disiarkan pada Oct 11, 2009 dalam kategori Akidah
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.



Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.



Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pendusta Agama

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.

Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya:

“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran.



Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).

Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id:

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khawarij

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.


Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya

Saturday, October 10, 2009

Kelab Perkim UUM paling aktif


PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan meraikan golongan kurang upaya, ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan siswa institusi pengajian tinggi sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Majlis bagi tahun ketiga itu berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor turut mendapat kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Eoncap Islamic Bank dan Agro Bank Bhd.


Perkim menyampaikan sumbangan duit raya dan hamper makanan kepada 150 individu terpilih serta anugerah kecemerlangan kepada pemimpin Kelab Perkim Universiti.

Anugerah Sri Cemerlang kategori Kelab Terbaik Keseluruhan dimenangi Yang Dipertua Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Jelani Mohd Nor, dengan piala pusingan Yang Dipertua Perkim, piala iringan dan cek tunai RM3,000.

Ia diiktiraf kelab Perkim paling aktif menjalankan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan walaupun sentiasa sibuk dengan kuliah.

Yang Dipertua Kelab Perkim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Zaki Jaafar menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang manakala Anugerah Projek Terbaik ialah Yang Dipertua Kelab Perkim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Shahrul Ashraf Jamaluddin.

Kategori Kelab Perkim Harapan pula diterima Yang Dipertua Kelab Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Wan Ibrahim Wan Hashim.

Masing-masing menerima piala iringan dan cek tunai RM2,500.

Anugerah disampaikan Yang Dipertua Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Perkim, Prof Emeritus Datuk Dr Ariffin Suhaimi dan Naib Yang Dipertua Perkim, Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,500 tetamu dan menghimpunkan 11 Kelab Perkim Universiti.

Saturday, September 12, 2009

ULAS ARTIKEL mindaku yang sealiran & new currency needed


Aku suka nak ulas tentang artikel MINDAKU YANG SEALIRAN dan artikel yang Che Det tulis(aku bukan setuju sangat dengan dasar yang dilaksanakan oleh Che Det..tapi kalau bab nak gunakan matawang dinar emas aku setuju sangat-sangat, sebab memang boleh buat pun, mungkin pembuat dasar negara kita masih belum terbuka hati..)




… mungkin ramai yang sangat arif tentang FTA, WTO, New World Order, PBB dan sebagainya berkenaan pertubuhan antarabangsa yang digagas kan oleh US. Tetapi ada juga dikalangan yang membaca blog ini masih keliru dan tak tahu fungsi ianya ditubuhkan betul tak.? boleh lah kita berkongsi bersama dan memahami bagaimana melalui pertubuhan ini US dapat / plan untuk mengawal dunia.
Terlebih dahulu kita jawab soalan: Penting sangat ke artikel sebegini perlu difahami oleh semua orang?
Bagi aku, sangat-sangat penting. Sebab apa bila kita faham dan arif berkaitan dengan pertubuhan anatabangsa yang Kerajaan kita sertai, maka kita lebih arif apabila dasar-dasar kerajaan digubal dari masa ke semasa. Malahan bagi pendapat aku nelayan dan tukang kebun juga perlu tahu undang-undang dunia yang di ciptakan oleh para Yahudi laknatullah ini semata-mata untuk mengawal dasar ekonomi dunia…

(disebabkan perbincangan MINDAKU YANG SEALIRAN & NEW CURRENCY NEEDED berkaitan satu sama lain kita bincang berperingkat-peringkat)


Artikel Che Det ini berkait dengan artikel yang aku post sebelum nie, MINDAKU YANG SEALIRAN.

The core issue is bagaimana US mencipta idea yang membolehkan mereka terus memonopoli dunia ini. Dan kita sedia maklum yang mengawal ekonomi US adalah dari golongan YAHUDI. Yaaa laaa, cuba kita cek siapa billionaire yang mempunyai asset yang hamper sama dengan jumlah KDNK Malaysia. Mereka inilah yang memainkan peranan terhadap dasar ekonomi US. Malah bukan setakat itu saja organisasi antarabangsa seperti Bank Dunia, WTO, UN, dan sebaginya berpandukan acuan dan pandangan US.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana US boleh kawal semuanya, mana mungkin? Sekarang kita lihat Negara yang paling maju & kaya & berpengaruh (dalam membentuk dasar sesuatu pertubuhan dunia)? Tentulah US kan? Dengan kekayaan inilah kononnya US banyak memberi sumbangan terhadap pertubuhan dunia seperti UN & Bank Dunia (jangan lupa, termasuklah IMF). Apabila US menjadi penyumbang majority, maka yang mengepalai pertubuhan kenalah ikut telunjuk(dan semestinya kepala pertubuhan tertentu telah di bela dan diugut(ugut & umpan adalah dasar yang diguna pakai oleh US untuk mengawal seterunya, contoh: kalau IRAQ (dulu) tak mahu ikut telunjuk iaitu menghentikan pembinaan senjata pemusnah, US bagi habuan bantuan kemanusiaan & kewangan & tiada sekatan ekonomi, kalau teruskan juga…sakit. Bila IRAQ ikut jer perjanjian damai…US akan ugut lagi…sampailah musnahnya seteru US tersebut… sekarang anda fikir balik situasi IRAN & Korea Utara).

Persolan nya lagi…. Bagaimana US boleh sebegitu kaya? Derma sana, derma sini? INILAH TAJUK PERBINCANGAN KITA…. Kekayaan US sebenarnya (pada hemat saya) adalah banyak bergantung kepada dasar monetary Negara nya. Dasar ini dirangka sejak sekian lama supaya US boleh mengawal dunia terutamanya setelah berlakunya kegawatan ekonomi sekitar 1930an. Satu demi satu pembaharuan dan pada tahun sekitar 1960an & 70an kebergantungan nilai matawang yang berdasarkan nilai emas dihapuskan setelah sebahagian besar ahli ekonomi dunia mempercayai teori ekonomi Permintaan = Penawaran.

Hanya melalui teori tersebut US mencipta kepercayaan terhadap wang fiat (wang muka, nilai berdasarkan apa yang di cop pada kertas & logam). Melalui alasan utamanya logam EMAS mempunyai limit. US telah merangkanya supaya seluruh dunia mengguna pakai Dollar US, dengan ini suah tentu permintaan terhadap USD$ meningkat.

Friday, September 11, 2009

NEW CURRENCY NEEDED, SAYS UN - BLOOMBERG

By Dr. Mahathir Mohamad on September 9, 2009 8:19 AM


1. For a long time now Malaysians have been questioning why we must use the United States' Dollar for international trade, why we cannot use a dinar or any other currency. But Malaysians are not supposed to know anything about money, about finance. So nobody listens.

2. Now it is the United Nations which is saying that its member countries should agree on the creation of a global reserve bank to issue a new currency and to monitor the national exchange rates of its members, according to Bloomberg reporting on the Geneva-based UN Conference on Trade and Development.

3. The report said that China, Brazil and Russia this year called for a replacement of the Dollar as the main reserve currency after the financial crisis sparked by the collapse of the mortgage market led to the worst global recession since World War II.


4. The United States as the whole world knows is existing on unlimited loans by the rest of the world. US Dollar bonds are bought by every country in the belief that they would represent their reserves. Such bonds seem to be available all the time, unlike bonds issued by other countries which are for specific amounts.

5. If the US Dollar is not used for trade payments and loans, then there would be no demand for it. Obviously this would cause the US Dollar to be devalued. When it is devalued all the countries holding Dollar bonds would lose their reserves very substantially. So the countries with huge Dollar reserves would resist any move that would reduce the value of their reserves.

6. The US itself would resist as devaluation of the US Dollar would make it a very poor country. It cannot then remain the imperial power that it is now.

7. If the US Dollar is not to be used for trade and reserves, what currency should replace it? The Euro and the Yen seems suitable but it is doubtful if either Europe or Japan would want their currencies to be used the way we use the Dollar now.

8. The suggestion that a new currency be issued by a new global reserve bank is very attractive. Some people would like to use gold dinars.

9. The actual name of the currency is not important but backing by gold is important. If the new currency is used only for trade settlements (just as the US Dollar is now used) the proposal would be quite feasible.

10. Whatever, the world needs to discuss this proposal seriously. As the report says, a new currency would help to protect the emerging market from "confidence game" of financial speculation. And Malaysia falls into the category of emerging markets.

11. Maybe Malaysia might embolden itself to champion this proposal. Maybe!


Dari Juvitaku:
Artikel Che Det nie berkaitan dengan post aku yang lepas tajuk MINDAKU YANG SEALIRAN

Aku memang setuju sangat dengan Che Det berkaitan dengan artikel niee... apa salahnya kita tukar jer matawang kita dengan Dinar Emas... ada kemahuan adalah jalannyakan.... ada masa aku akan ulas lebih lanjut...aku mmg minat dengan idea ini...sepatutnya dah lamaa kita mengamalkan matawang yang dianjurkan oleh Rasullullah..

Aku rasa persepsi orang ramai (terutama yang nonmuslim) takut/risau apabila sistem ekonomi mengamalkan sistem yang di anjurkan Islam. Ya laaa, kekadang organisasi mengambil kesempatan atas nama Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan padahal yang pelaksana dasar dalam organisasi Islam itu bukan nya orang Islam pun (seperti insuran/produk islamik bank)....abistu yang tercemar.. Islam juga, sebab perjalanannya memang tak betul sebagaimana mengikut sunnah...

Thursday, August 27, 2009

Solat Jama' Qasar


Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, ramai yang telah merancang nak balik kampung kannn... jadi tentu dah rancang nak singgah berbuka & solat kat mana2... so, disini sebagai ulangkaji aku sertakan panduan ringkas solat Jama' dan Qasar... ada ustaz kata kalu kita dah diharuskan solat jama' & qasar. Maka kita kena buat Jama'&Qasar.. tak seharusnya kita solat tammam(solat biasa)...yee laaa kan ke Allah telah mudahkan kita.. kenapa kita tak berterima kasih....

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)