Thursday, December 31, 2009

Berita tergempar tahun baru!!! Penjenayah antarabangsa berkuasa di dalam ATM.

















“Satu Malaysia tahu asset keselamatan utama Negara dijual melalui lorong gelap oleh orang dalam ATM” kata kawan saya. “Sungguh kejam talibarut pengkhianat negara tuukan..?” sambungnya lagi. “Depa nie musuh dalam selimut, mengalahkan komunis nie…, Almaunah tak khianat macam nieee. “Kalau hang skot apa hang nak buat?” Alamak terkedu aku soalan macamtu aku nak kena jawab..bukan apa? Takut Risik terdengar pulak…almaklumlah setahu aku perisikan ada dimana-mana saja..(tapi perisikan tak tahu keee enjin jet nak di curi) nanti tak pasal2 aku plak kena cekup. “Em…emm..kalau dapat kat aku?” Aku cuba menduga kepala hotak kawan aku tuuu. “Kalau dapat kat aku skottttttt…mampuih aku kerjakan… ye laaa..kita macam nak mampus kerja dengan amanah untuk jaga keselamatan Negara… depa senang-senang jeeee nak buat untung sampai tak pikir keselamatan Negara…

“Skot,.. masa kita training dulu… kalau ada skot kita yang lain buat khianat, kita buat ‘parti blanket’ kan…” Aku cuba umpan….Parti Blanket yang paling ditakuti oleh bebudak askar… sesiapa je yang buat salah, ramai-ramai akan pukul sampai lembik selepas diselimut di dalam gelap (waktu malam, selalunya malam minggu)….kemudian ada laaa cop tapak kasut PAKALOLO dan sebagainya... di badan budak tuu..sian oooo… tapi itu laaa hokum karma bagi sesiapa yang saboo dan seumpamanya…

Aku survey depan belakang takut ada orang terdengar perbincangan kami… yeee laaaa..isu yang sensitive macam nieee jagan dibuat main2…

“Depa tu semua pengkhianat, penjenayah, tak layak duduk di Malaysia tau” tambah kawan aku. Ya tak yaaa jugaaa…? Patutnya diorang tuuu kena buang negeri jeee macam…Pak Man Telo (tapi Pak Man Telo bukan pengkhianat) “Patut ke kalau diorang dibuang negeri jeee, buang leee kat pulau mana-mana.. pulau Perak ke, pulau Spartly ke…” aku cuba bagi idea…

“Hoi!!! Mana boleh? Gila apa? Pengkhianat macam tu patut tembak jeee… takpun kita pakat buat “Party Blanket” satu Malaysia, baru depa tau… dapat sekeh sorang sekali jadi leeer.. boleh mampus ooo…

“Yee laaa skot, kawan kita absent 2 hari jeee. Kena tahanan sampai 30hari… kena dok dalam tahanan je tak pe skot? Nie kena tanggung log tetengahari dengan tak pakai baju skot, malam kena reging lagi….siksa oooo nak abiskan 30 hari…” “Member aku kat unit dulu mintak sambung belajar tak dapat-dapat, dia apa lagi absent laaa bila dah dapat tawaran dari IPTA ... abis jee exem dia lapor balik kat kem…heemmp biasa laa skot..naik court martial. Jatuh hokuman 9 bulan tahanan… bukannya salah apa punnnn…kawan tu. Cuma pegi study jeeee..tak berhati perut betul Akta 72 tuu kann?

Agak-agak apa yang patut kita buat untuk beruk matyeh yang tak mengenal diuntung tuu yeeee… Depa tu tahap Penjenayah Antarabangsa tau… PENJENAYAH ANTARABANGSA dalam ATM!!!???

Sedutan sembang kedai kopi yang dirahsiakan lokasinya..

Dari Meja Juvitaku:

Hmmm ye laaa, diaorang ada rangkaian antarabangsa. Mereka boleh serang Negara kita bila-bila masa…dengan bantuan pengkhianat bangsa niee… bahaya-bahaya….

Skuad Rajagobal baham Syria

Oleh Harris Rajahdin dan Norsyarafina Nasrom
bhsukan@bharian.com.my












PEMAIN tengah negara, Safiq Rahim (tengah) berjaya menperdayakan penjaga gol Syria apabila menjaringkan gol pertama pada perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.



DI sebalik perlawanan 'gila' yang dilalui barisan bimbingan K Rajagobal, pengendali kebangsaan itu gembira dengan persembahan skuad negara yang berjaya meneruskan rentak kejayaan pingat emas Sukan Sea dengan membenam Syria 4-1 dalam perlawanan pemanas badan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

"Satu lagi peningkatan berjaya dicipta dan nampaknya mereka kini berada di landasan terbaik sebelum berangkat ke UAE (Emiriyah Arab Bersatu), 4 Januari ini."

"Perlawanan malam ini memang untuk melihat prestasi mereka dan saya memutuskan membuat pertukaran pemain selepas kita mendahului 3-1 sekali gus membuka peluang kepada pemain lain beraksi," katanya mengenai barisan yang bakal berlepas ke Dubai untuk perlawanan kumpulan kelayakan Piala Asia pada 6 Januari ini.




Gol skuad negara adalah jaringan Safiq Rahim, minit ke-31, 62, Zaquan Adha Abd Radzak (m-78) dan K Gurusamy (m-90).

Mengenai mutu pengadilan yang ditunjukkan pengadil Rajagobal berkata: "Saya tak mau komen mengenainya, anda boleh melihatnya sendiri."

Malang menimpa nasib Zaquan Adha apabila diarah keluar padang minit ke-79 seminit selepas menjaringkan gol ketiga Malaysia apabila lambat keluar untuk digantikan dengan Syakir Ali.

Zaquan tidak mampu berkata-kata dan berjalan keluar dengan wajah tergamam selepas menerima kad kuning keduanya. Mendapat iktibar daripada insiden itu, penjaga gol, Mohd Farizal Marlias berjalan keluar di belakang gawang dengan Sharbinee Allawee meluru laju untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya

Dari meja Juvitaku:
Boleh pegi jauh ke skuad bola negara yang baru niee...
Moga-moga ianya satu langkah peningkatan... yang penting..momentum kejayaan dapat diteruskan..

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Sumber: http://www.malaysiakini.com

Wednesday, December 30, 2009

Syria uji anak didik Rajagobal malam ini

Oleh Norsyarafina Nasrom
norsyarafina@nstp.com.my













SKUAD emas bimbingan K Rajagobal bakal diuji menentang Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sebagai persediaan sebelum berdepan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi pusingan kelayakan Piala Asia, 6 Januari ini.

Seperti kelaziman yang dilakukan jurulatih kebangsaan itu, semua 23 pemain bakal diuji bagi menentukan 18 pemain yang layak membawa cabaran negara ketika pertemuan dengan UAE nanti.

“Pertukaran pemain mungkin banyak akan berlaku dalam perlawanan malam esok (ini) kerana saya akan menilai sejauh mana kemampuan setiap pemain. Namun pemain senior, Amri Yahyah mungkin tidak beraksi ekoran kecederaan lutut kanannya yang masih belum pulih,” kata Rajagobal.



Menurut Rajagobal, Amri akan terus diberi peluang membuktikan kecergasannya sehingga barisan 18 pemain dinamakan sebelum skuad kebangsaan berlepas ke UAE pada Isnin ini.

“Peluang Amri agak samar untuk berdepan UAE, namun tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya yakin pemain lain bersedia menghadapi segala situasi yang mendatang. Mereka sudahpun membuktikannya ketika di Sukan Sea Laos baru-baru ini.”

Syria yang menduduki ranking ke-91 dunia dilihat sebagai ujian yang tidak kurang hebatnya buat skuad kebangsaan, namun Rajagobal mempunyai misi tersendiri dalam impiannya membentuk sebuah pasukan yang mantap.

“Saya yakin semua tahu peluang skuad kebangsaan untuk beraksi dalam Piala Asia adalah tipis, namun ada sesuatu yang saya mahu mereka buktikan sekurang-kurangnya mendapat penghormatan dari lawan dan banyak pengalaman yang boleh mereka perolehi.”

Tuesday, December 29, 2009

Russia lancar satelit AS

MOSCOW: Russia melancarkan satelit telekomunikasi Amerika Syarikat (AS) dari Kazakhstan, hari ini, menurut laporan agensi berita Russia.

“Pelancaran itu mengikut perancangan dan satelit itu dijangka berada di orbit pada 9.32 pagi,” kata agensi angkasa lepas Russia, Roskosmos mengesahkan kepada agensi berita RIA Novosti.

Satelit DirectTV-12 bakal menyediakan perkhidmatan komunikasi, Internet dan satelit televisyen kepada pelanggan AS. - AFP

Monday, December 28, 2009

MiG-29

By
Dr. Mahathir Mohamad















1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.


Dari Juvitaku:

Nie kes masa Najib jadi Menteri Pertahanan kan?
Persoalan: Bagaimana dengan kontrak peralatan pertahanan yang terkini seperti T90, KIFV(Adnan), kontrak baik pulih SIBMAS, submarine dan sebagainya yeee?

Sunday, December 27, 2009

Warga Nigeria cuba letup pesawat AS


PESAWAT Northwest Airlines tiba di Lapangan Terbang Metropolitan Detroit selepas dilaporkan ada cubaan meletupkannya.

Semua penerbangan antarabangsa diarah ambil langkah keselamatan

DETROIT: Seorang pemuda Nigeria yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda, cuba meletupkan sebuah pesawat Amerika, ketika mendarat di Detroit, sebelum dia ditangkap penumpang dan anak kapal.

Abdul Farouk Abdulmutallab, 23, cedera teruk akibat melecur apabila dia cuba mengaktifkan peranti bahan letupan canggih di dalam pesawat Northwest Airlines dari Amsterdam yang membawa 278 penumpang.


Seorang pegawai kanan kerajaan yang dipetik media tempatan berkata, sejurus ditahan, Abdulmutallab memberitahu pihak berkuasa dia menggunakan picagari yang diisi bahan kimia dan melekatkan bahan itu di kakinya.

Akhbar memetik suspek sebagai berkata, dia mematuhi arahan al-Qaeda. Pegawai antikeganasan pula menegaskan terlalu awal untuk memastikan sama ada Abdulmutallab bertindak bersendirian.

Media yang memetik kenyataan buletin keselamatan persekutuan menyatakan Abdulmutallab memberitahu penyiasat dia mendapatkan peranti bahan letupan itu di Yaman bersama manual dan bila ia patut digunakan.

Pegawai Rumah Putih dan ahli perundangan Amerika mengesahkan kejadian itu adalah serangan keganasan, manakala Presiden Barack Obama yang sedang bercuti sempena Krismas bersama keluarganya di Hawaii, mengarahkan langkah keselamatan lebih ketat dilaksanakan di semua lapangan terbang di seluruh dunia.

"Kami percaya ini adalah cubaan melakukan keganasan.

"Selepas mesyuarat diadakan dengan penasihat kanan keselamatan, Obama 'mengarahkan langkah sewajarnya diambil untuk meningkatkan tahap kawalan di semua lapangan terbang'," kata seorang pegawai kanan Rumah Putih yang tidak mendedahkan namanya kepada wartawan.

Sementara itu, di ABUJA, Naib Presiden Nigeria, Goodluck Ebele Jonathan mengarahkan siasatan peringkat tinggi dilakukan berikutan cubaan warga negaranya untuk meletupkan pesawat Amerika itu.

Menteri Penerangan, Dora Akunyiki, berkata Abuja menerima dengan 'perasaan amat kecewa' berita cubaan meletupkan pesawat terbabit.

"Kami ingin menegaskan di sini bahawa sebagai sebuah negara, Nigeria menentang sebarang bentuk keganasan. Selain langkah mengenal pasti identiti suspek, agensi keselamatan kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Amerika dalam siasatan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberi jaminan, kerajaan akan menyediakan semua maklumat terkini yang diperlukan bagi siasatan itu.

Laman web Nigeria Huhuonline.com, menyatakan bahawa Abdul Mutallab adalah anak kepada bekas Ketua United Bank for Africa dan First Bank of Nigeria, Umaru Mutallab, seorang akauntan dan ahli perniagaan. – AFP