Wednesday, July 22, 2009

Mahkamah Buruh

Esok aku kena pegi Pejabat Buruh, ada hal nak settelkan pasal staf yang berenti dr Sykt nie..dia ada buat tuntutan... jadi aku nak syer sikit berkenaan fungsi Mahkamah Buruh yang sangat berguna untuk pekerja dan majikan untuk membuat sebarang tuntutan terhadap pertikaian yang timbul.... jadi aku bagi wakil syarikat kena laa prepare...

Mahkamah Buruh merupakan satu mekanisme pengadilan yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan pekerja terhadap majikannya atau sebaliknya.

i) Objektif

Membicara dn menyelesaikan tuntutan-tuntutan pekerja terhadap majikannya atau sebaliknya dengan cepat, mudah dan murah.

ii) Bidang Kuasa Mahkamah Buruh

Mendengar dan memutuskan perkara-perkara berikut:-

Pertikaian antara pekerja dan majikannya mengenai gaji atau lain-lain bayarannya yang berhak diterima oleh seorang pekerja di bawah kontrak perkhidmatannya atau di bawah mana-mana peruntukan Akta Kerja 1955 atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya atau Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 atau mana-mana perintah yang dibuat dibawahnya.

Tuntutan pekerja untuk meringankan hukuman tatatertib daripada hukuman berat yang dikenakan terhadapnya.

Tuntutan majikan terhadap pekerja yang gagal membayar gaji ganti notis penamatan perkhidmatannya.

Tuntutan seseorangv 'contractor for labour' terhadap seseorang kontraktor atau kontraktor kecil ke atas bayaran yang berhak diterimanya di bawah perjanjian dengan kontraktor atau kontraktor kecil kerana membekalkan pekerja.

Mahkamah Buruh mempunyai kuasa mendengar dan memutuskan kes tuntutan yang amaunnya tidak terhad.

iii) Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Buruh.

Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke
Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan.

7 comments:

  1. anggota mahkamah buruh ni,sape je yg terlibat?

    ReplyDelete
  2. untuk pertemuan pertama selalunya ada pegawai jab.buruh yang buat perbincangan antara pekerja dan majikan.kalau setuju selesaikan diluar mahkamah..kalau pekerja tak setuju, dia boleh minta persidangan mahkamah..tuu laa dlm kes ni x staff ni minta labor court

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, nak tanya sikit. sekarang ni kes saya da proceed ke mahkamah. apa yg perlu saya sdiakan? pihak kena tuntut ni Lawyer, tu yg risau.

      Delete
  3. nak tanye..dier mintak tuntutan ape?saya nak tanye experience..camne keputusan?masa dalam court tu dokumen camne?

    ReplyDelete
  4. salam...sy nk tanya,kalau sy di berhentikan keje tanpa notis( sudah hampir sebulan ) & sampai hari nie pn balance gaji sy masih tak di jelaskan oleh bekas majikan..komisen sy juge tertunggak 2@3 bulan.SOALANnye...: " boleh ke sy membuat sebarang tuntutan ke atasnye? utk pengetahuan tuan/puan, sepanjang sy bekerja hampir 5@6 tahun dgn sykt 2,tak penah sekali pn die membuat pemotongan KWSP..ADEKAH sy berhak? mslhnye sy kt cni,tiada surat hitam putih yg pihak majikan berikan semasa sy berkhidmat dgn sykt 2 dlu..TOLONG jelaskan,TERMA KASIH

    ReplyDelete
  5. salam, saya dberhentikan kerja tanpa notis. masa sebutan, pihak kena tuntut ckp dorng ada hantar surat tunjuk sebab, tapi saya xpernah terima apa2 surat pun. dia siap tunjuk prove tapi yg photostat. saya mmg xpernah terima apa2 surat! sekarang kami da proceed ke bicara. sekiranya pihak kena tuntut tunjuk prove sekali lagi tetapi photocopy je..dan mungkin kah dorang falsify dokumen menunjukkan saya da terima sedangkan saya memang xterima apa pun..tolong nasihat...

    ReplyDelete
  6. Macam mana kalau pada hari sebutan kes sy ada hal lain yg tk dapat dielakkan ? Boleh ke kawan sy lg sorang pergi seorang sementelah semasa kami berdua buat report tu, dia yg tabdatangan surat sbg ketua antara kami berdua ? So surat dr buruh pn hanya sampai dirumahnya shj

    ReplyDelete