Thursday, July 30, 2009

Makna jasa perajurit sekarang




Mungkin Isu ini tidak menarik bagi sesetengah orang...... hakikatnya semua kita menumpang diatas pengorbanan orang lain - yang bergelar perajurit... bacalah artikel ini..untuk renungan kita....

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

BUKAN sesuatu yang pelik jika ada kalangan generasi muda tidak mengetahui tentang keistimewaan tanggal 31 Julai.

Jika ditanya murid-murid sekolah rendah, belum tentu mereka ingat akan tarikh tersebut. Pelajar peringkat menengah pun tidak mustahil akan tergaru-garu kepala jika ada cubaan untuk mengaitkan otak mereka dengan apa di sebalik 31 Julai.

Bagi generasi muda tarikh itu tiada sebarang makna. Tiada sambutan besar-besaran yang sarat dengan kemeriahan berlangsung pada tarikh itu. Tiada hiburan jauh sekali perarakan berwarna-warni untuk mengingatkan mereka kepada tanggal istimewa itu.

Mungkin bagi generasi muda, tarikh itu sama seperti hari biasa. Tiada nilai jauh sekali kepentingan yang menuntut mereka memahat 31 Julai sebagai salah satu tarikh penting yang mesti ada dalam diari mereka.

Kejanggalan tarikh tersebut di kalangan generasi muda sangat berkait rapat dengan betapa asingnya golongan itu dengan kewujudan Tugu Negara.

Berapa ramai generasi muda tahu lokasi tugu yang asasnya dibina pada 1963 itu? Tahukah mereka untuk apa Tugu Negara dibina biarpun kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.3 juta? Atau berbaloikah modal sebanyak itu untuk memperingati tentera yang terkorban demi mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat namun akhirnya selepas lebih 46 tahun terbiar tegak bersendirian.

Boleh saja dirumuskan Tugu Negara bukan destinasi pilihan generasi muda. Bukan cerita dongeng jika dikatakan ada kalangan warga Malaysia yang telah berpuluh tahun menetap di Kuala Lumpur tetapi tidak pernah mengunjungi Tugu Negara.

Bagi generasi muda kini, Pavillion, Starhill, KLCC lebih sesuai dengan jiwa mereka. Sebab itu belum pun gedung-gedung itu siap dibina, namanya telah meniti di bibir. Sebaik dibuka, wajah-wajah yang menyerbu dan menjelajah majoritinya muda-muda dan berkulit sawo matang.

Lantas nilai tarikh 31 Julai dan hubungkaitnya dengan Tugu Negara semakin jauh daripada generasi muda.

Bukan kerana tanggal dan monumen itu tidak penting. Sebaliknya disebabkan kurangnya peranan pihak yang berkenaan memupuk kesedaran di kalangan orang muda tentang pentingnya tarikh 31 Julai yang diisytihar kerajaan sebagai Hari Pahlawan.

Amat sedikit juga usaha untuk membuktikan bahawa Tugu Negara itu bukan sekadar hidup namanya pada 31 Julai sahaja.

Malah kadang-kadang mahu saja disimpulkan umpama tiada langsung usaha untuk merangsang minda rakyat supaya mengetahui tentang Hari Pahlawan dan Tugu Negara.

Lebih menyedihkan, menjelang 31 Julai, diuar-uarkan perihal kempen mengutip derma sempena Hari Pahlawan. Untuk apa dan ke mana dana itu disumbangkan tidak diperjelaskan secara rapi.

Telah berapa juta ringgit dikumpulkan sejak kutipan Hari Pahlawan dilancarkan. Tetapi di mana hasilnya, siapa yang menikmatinya dan apa laporan kewangan duit yang dikutip itu?

Sememangnya persoalan itu wajar dibangkitkan. Lantaran hampir setiap bulan kita didedahkan tentang bekas tentera yang hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang untuk makan petang - malam dilalui dengan perut kosong lantaran tiada apa yang boleh dikais.

Ada kalangan bekas tentera yang cedera parah, kehilangan anggota badan dan menanggung penderitaan seumur hidup dibiarkan sedemikian untuk tempoh berpuluh-puluh tahun.

Bukankah mereka yang sepatutnya mendapat manfaat daripada dana Hari Pahlawan yang turut disumbangkan oleh syarikat korporat dengan harapan dapat berkongsi keprihatinan meringankan beban mereka.

Adakah Hari Pahlawan tujuannya hanya untuk mengutip dana? Melarat sungguhkah bekas tentera dan anggota tentera di negara ini sehingga keutamaan sambutan hari khusus untuk mereka tertumpu kepada kutipan sumbangan, derma atau sedekah?

Susah benarkah untuk mengumpul derma bagi membantu dana untuk perwira-perwira tanah air sehinggakan satu ketika dulu kempen mengutip sumbangan dinamakan Rayuan Hari Pahlawan?

Dan mengapa pra sambutan Hari Pahlawan yang dimulakan dengan pengumuman kutipan derma hanya berlangsung beberapa hari menjelang 31 Julai?

Hakikatnya kempen Hari Pahlawan harus berlangsung sepanjang tahun. Julai menjadi bulan kemuncaknya - bukan untuk mengumumkan dana yang dikutip atau nama syarikat-syarikat yang menghulurkan sumbangan tetapi penghargaan dan pengiktirafan terhadap anggota tentera yang banyak berkorban untuk negara.

Lebih daripada itu betapa pentingnya sejarah negara bangsa yang merdeka, dijajah dan merdeka semula dipahat di fikiran dan perasaan semua rakyat Malaysia terutama generasi muda.

Bekas tentera mesti diingati, dihargai dan diiktiraf lantaran keberanian dan keikhlasan mereka bermati-matian mempertahankan tanah air. Darah tentera yang terkorban kerana membebaskan negara daripada cengkaman penjajah mesti dipastikan terus berwarna merah.

Sementara tentera yang sedang berkhidmat diiktiraf kerana peranan dan sumbangan mereka mengekalkan keamanan negara ini.

Cubaan memperlekehkan sumbangan anggota tentera baik sebelum negara mencapai kemerdekaan mahu pun yang sedang berkhidmat semakin jelas.

Dan kita semestinya tidak mahu agenda itu berterusan apabila Hari Pahlawan dikenali sebagai hari mengutip derma. Sebaik-baik selesai proses meletakkan kalungan bunga di makam pahlawan tiada apa lagi yang gah untuk dipertontonkan kepada dunia tentang kehebatan tentera Malaysia.

Tugu Negara yang meriah seketika akan ditinggalkan bersama tujuh patung bersalutkan gangsa dan acara rutin mengibarkan bendera di situ.

Hakikatnya, banyak cara untuk menjadikan Hari Pahlawan sebagai tarikh penting yang mudah diingati oleh generasi muda.

Bermula tahun baru, program-program 'mengembalikan ingatan' rakyat Malaysia terutama generasi muda mengenai perjuangan negara bangsa mesti dimulakan.

Atur minda murid-murid sekolah tentang rentetan sejarah perjuangan membebaskan negara terutama pada tahun-tahun gawat dicengkam penjajah dan keperitan darurat bermula dari tarikh 1 Januari hingga 31 Disember.

Cetuskan minat mereka untuk mengetahui apa yang terjadi dan mengapa tarikh-tarikh penting itu mesti diingati. Uji akal fikiran serta sejauh mana mereka berminat untuk menjadi generasi yang prihatin terhadap perjuangan memelihara maruah negara.

Anjurkan program bersifat patriotisme, sebarkan maklumat dan ilmu mengenai pejuang bangsa. Semua yang bergelar pemimpin baik di peringkat negara, kementerian, jabatan, sekolah mahu pun di rumah mesti menggalas tanggungjawab ini.

Kenalkan generasi muda kepada Tugu Negara dan pahat di minda mereka tarikh 31 Julai yang akan muncul esok.

Wednesday, July 22, 2009

Mahkamah Buruh

Esok aku kena pegi Pejabat Buruh, ada hal nak settelkan pasal staf yang berenti dr Sykt nie..dia ada buat tuntutan... jadi aku nak syer sikit berkenaan fungsi Mahkamah Buruh yang sangat berguna untuk pekerja dan majikan untuk membuat sebarang tuntutan terhadap pertikaian yang timbul.... jadi aku bagi wakil syarikat kena laa prepare...

Mahkamah Buruh merupakan satu mekanisme pengadilan yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan pekerja terhadap majikannya atau sebaliknya.

i) Objektif

Membicara dn menyelesaikan tuntutan-tuntutan pekerja terhadap majikannya atau sebaliknya dengan cepat, mudah dan murah.

ii) Bidang Kuasa Mahkamah Buruh

Mendengar dan memutuskan perkara-perkara berikut:-

Pertikaian antara pekerja dan majikannya mengenai gaji atau lain-lain bayarannya yang berhak diterima oleh seorang pekerja di bawah kontrak perkhidmatannya atau di bawah mana-mana peruntukan Akta Kerja 1955 atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya atau Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 atau mana-mana perintah yang dibuat dibawahnya.

Tuntutan pekerja untuk meringankan hukuman tatatertib daripada hukuman berat yang dikenakan terhadapnya.

Tuntutan majikan terhadap pekerja yang gagal membayar gaji ganti notis penamatan perkhidmatannya.

Tuntutan seseorangv 'contractor for labour' terhadap seseorang kontraktor atau kontraktor kecil ke atas bayaran yang berhak diterimanya di bawah perjanjian dengan kontraktor atau kontraktor kecil kerana membekalkan pekerja.

Mahkamah Buruh mempunyai kuasa mendengar dan memutuskan kes tuntutan yang amaunnya tidak terhad.

iii) Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Buruh.

Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke
Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan.

Monday, July 20, 2009

Ayam Tandoori





Hari tuuu aku try rasa ayam tandoori dgn nasi... sedap juga rasanyaa..

Jadi sesiapa yang nak cuba buat sendiri Ayam Tandoori bleh laa cuba resepi kat bawah nii yeee..

Kalau sedap senyap-senyap jeee.. kalau tak sedapp?
ikut suka laaa....


Bahan-bahan ( untuk 8-10 ketul ayam )


8-10 ketul ayam
5 s/b yogurt asli
2 s/b sos tomato
1 1/2 s/b serbuk kari daging
1/2 s/b serbuk paprika/serbuk cili (optional)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 cm halia (tumbuk halus)
sedikit garam
sedikit pepper

Cara-cara


1.Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk pepper. Biarkan sebentar.
2.Masukkan semua bahan yang lain di dalam satu bekas. 3.Gaulkan bahan di atas dengan ayam.
4.Perap ayam selama 1-2 jam sebelum di bakar selama 25-30 min dalam oven pada suhu 250 degree. (Lagi sedap kalau dapat perap semalaman dalam fidge sebelum di bakar)
5.Hidangkan panas2.

Sesuai di makan dgn nasi ataupun roti.

Saturday, July 18, 2009

Tiga segmen satelit Malaysia merencah ruang angkasa












Malaysia juga mempunyai satelit tersendiri ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSATTM




1. TiungSAT



Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah.

Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi.



2. MeaSAT



Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.

Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.

Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

Kedua-dua satelit MeaSAT di bina di El Segundo, California, oleh Hughes Space and Communications Company (HSC) yang mana sekarang menjadi sebuah Pusat Pembangunan Satelit.

Satelit pertama dilancarkan menggunakan roket Ariane pada 12 Januari 1996, dari Kourou, French Guiana sementara pelancaran satelit kedua pula dilakukan pada 13 November 1996.

HSC bertanggungjawab membekalkan kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasikan satelit.



3. RazakSATTM



Pada masa sekarang, agensi di Malaysia memerlukan banyak imej satelit yang bergantung pada data, imej dan maklumat diperoleh dari satelit luar negara.

RazakSATTM adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa.

Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.

Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra).

Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS).

MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.

RazakSATTM dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

Tuesday, July 14, 2009

Baca sampai abis !!!!!!!!!!!!!!!!!

Soal Jawab Rumahtangga

Suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.
Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'b oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang 'slim? dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin 'b ulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia
ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air 'zat? isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini
juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.


Dalam Islam juga
tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.



habis npe mentol perot boroi????
Allah Ta’ala berfirman,
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)