Wednesday, June 24, 2009

Kelebihan Bulan Rejab

Ish...ish cepat sungguh masa berlalu.. Hari nie dah masuk bulan Rejab laaa..bermakna dah tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan laa plak...

Bulan Rejab nie banyak peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam.. jadi aku nak share laa sikit ttg kelebihan bulan Rejab niee..

1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)

3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.

4. mlm awl rejba mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. ore yg lemah dr berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)

6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-77. Allah buka pintu syurga

8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-NyaPuasa Di Bulan Rejab

1. Puasa sehari >dpt syurga t’tinggi(Firdaus). (al-Hadis)
2. Puasa 2 ari -> dilipatgandakan pahalanya (al-Hadis)
3. Puasa 3 ari -> parit yg pjg yg m’halang dia ke neraka (pjgnya sthn perjln) (al-hadis)
4. puasa 4 ari -> diafiatkn drpd bala dan penyakit yg besar2, n drpd di fitnah dajal di hari qiamat (al-hadis)
5. puasa 5 ari -> aman drpd azab kubur(al-Hadis).
6. puasa 6 ari -> kuar drpd kubur bercahaya mukanya(al-Hadis)
7. puasa 7 ari -> ditutup drpt 7 pintu neraka(al-Hadis)
8. puasa 8 ari -> dibuka bgnya 8 pintu syurga(al-Hadis)
9. pausa 8 ari -> kuar dr kuburnya lalu menyeru لااله الا الله xditolak masuk ke syurga(al-Hadis)
10. puasa 10 ari -> ALLAH jdkan bgniya hamparan perhentian di titi sirotomustaqim pd tiap2 satu batu. (al-Hadis)
11. puasa 16 ari -> akn dpt melihat wajah ALLAH d dlm syurga, n ore yg petama menziarahi ALLAH d dlm syurga. (al-Hadis)
12. puasa 19 ari -> dibina baginya sbuah mahligai berhdpan mahligai Nabi ALLAH Ibrahim n Nabi ALLAH ADAM. (al-Hadis)

Amalan Bulan Rejab
1. berpuasa
2. smbhyg sunat mengirigi fardhu n ssudah fardhu
3. berdoa
4. bertasbih
5. sembhyg tahajjud
6. smbhyg sunat tasbih***

Bramalah pd 27 rejab dgn bersungguh2.
Berpuasa pd siang n beramal yg lain*** pd 27 rejab, bykkan bersedekah.*** Pd mlmnya, berjaga mlm penuh dgn amalan.*** bacalah doa istigfar rejab yg amat istimewa. Terkandung di dlmnya memohon keampunan atas ketinggalan ibdt2 di masa lalu siang n mlm, mmohon keampunan n taubat sluruh dosa2 besar n kecik. Mmohon keampunan maksiat2 yg kita lakukan.

Mmohon taubat atas ktinggaln ibadatnya di fadhukan, sgja @ xsengj, terlupa @tlalai, n dri kejahatan yg dilakukan siang n mlmnya.
Mmohon Rahman Rahim Allah mengasihi kita hambaNya yg byk lalai n lupa kpdnya,

p/s :- jika salah harap dapat betul kan..... ni di ambik dari buku fadilat bulan rejab, syaaban dan ramadan. juvitaku copy dr oyak.net

Monday, June 22, 2009

Kasih ayah

Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

Anakku Sazali dengarlahLagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia...


BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak. Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia. “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu?

Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib. Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim. Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka. Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua. Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani) Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?” Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa.

Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya. Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan. Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna. Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini. Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu. “Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis. “Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu. “Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

* Ya Allah ampunilah kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami...

Wednesday, June 17, 2009

Solat Dhuha

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan
sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Tuesday, June 16, 2009

KOD AMALAN PENGGAJIAN ORANG KURANG UPAYA(OKU) DI SEKTOR SWASTA

01. PENDAHULUAN

Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 1% (220,000) daripada penduduk Malaysia terdiri dari orang kurang upaya (OKU). Namun demikian daripada jumlah ini hanya seramai 99,000 OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada jumlah tersebut hanya 4,316 (1990 hingga Ogos 2001) OKU sahaja berjaya ditempatkan bekerja di sektor swasta oleh Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain.
Menyedari hakikat bahawa OKU juga merupakan insan biasa yang perlukan pekerjaan untuk berdikari dan boleh bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara, pada tahun 1990, Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan dianggotai oleh agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja serta pertubuhan OKU. Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa ini. Matlamat penubuhan Jawatankuasa tersebut adalah untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada OKU. Semua pihak adalah bertanggungjawab mempastikan OKU mendapat peluang yang sama dalam bidang sosial dan ekonomi di negara ini. Bagi merealisasikan hasrat ini pada 16 Mei 1994 Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menandatangani deklarasi dekad OKU selaras dengan usaha ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
Dalam melaksanakan usaha murni ini berbagai masalah dan rintangan telah dikenalpasti antaranya ialah persepsi negatif masyrakat terhadap kemampuan OKU untuk bekerja serta keberatan majikan mengambil OKU untuk bekerja. Memandangkan terdapat pelbagai kategori OKU dengan tahap keupayaan yang berlainan adalah wajar bagi kita meneliti cara menempatkan mereka dalam pekerjaan yang paling sesuai. Kerajaan bersama-sama dengan organisasi yang lain sentiasa meneruskan usaha dan mencari pendekatan baru bagi membantu mereka.
Amat tepat masanya satu Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta digubal. Kod amalan ini mengandungi prosedur lengkap tentang tatacara pendaftaran dan penempatan OKU secara keseluruhannya. Draf kod tersebut adalah hasil daripada sesi percambahan fikiran yang telah diadakan pada 2 Ogos 2001 antara agensi Kerajaan , pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan Kerajaan dan para penyelidik dari pusat pengkajian tinggi.
Segala usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan bagi membangun dan menempatkan OKU di bidang pekerjaan, perlu mendapat kerjasama yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dari OKU, pertubuhan OKU, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan Kerajaan yang lain terutamanya di dalam mengumpul maklumat untuk penyediaan pengkalan data OKU yang mencari pekerjaan supaya usaha tersebut akan menghasilkan pencapaian yang dihasratkan. Pihak Kerajaan berharap mendapat kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua pihak bagi merealisasikan program ini.


02. OBJEKTIF
i) Sebagai garis panduan kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan-pertubuhan OKU serta OKU sendiri, untuk pendaftaran dan penempatan OKU yang berkeupayaan bekerja di sektor swasta;


ii) Meningkatkan kesedaran majikan di sektor swasta untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU; dan

iii) Memupuk semangat dan kesedaran supaya OKU menyiapkan diri dengan keupayaan, kelayakan dan kemahiran untuk bersaing di sektor pekerjaan agar dapat bersama menyumbang ke arah pembangunan negara.

03. SKOP
i) Majikan di sektor swasta yang berpotensi memberi peluang pekerjaan;ii) Majikan yang sedang menggaji OKU;iii) OKU yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran bekerja;iv) OKU yang sedang bekerja;v) Agensi dan Jabatan Kerajaan pelaksana; danvi) Pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pekerja, pertubuhan OKU dan pertubuhan bukan Kerajaan.


04. DEFINISI ORANG KURANG UPAYA
Individu Yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit sama ada secara semulajadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi mereka boleh menjalankan pekerjaan.


05. MEKANISME PELAKSANAAN

5.1 Bagi menerajui aktiviti pendaftaran dan penempatan OKU di sektor swasta satu Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Di Peringkat Kebangsaan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Buruh Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri dengan dipengerusikan oleh Pengarah Buruh Negeri juga ditubuhkan. Komposisi keanggotaan kedua-dua jawatankuasa adalah terdiri daripada agensi Kerajaan, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan OKU dan pertubuhan bukan Kerajaan. Jabatan Buruh adalah sebagai urusetia keseluruhan pelaksanaan program ini.

5.1.1 Keanggotaan Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan.
Pengerusi: Ketua Pengarah Buruh.

Ahli-ahli: Kementerian Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat.Jabatan Tenaga Rakyat.Jabatan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan.Kementerian Perumahan & KerajaanTempatan.Kementerian Pendidikan Malaysia.Kementerian Kesihatan Malaysia.Jabatan Penerangan Malaysia.PERKESO.Malaysian Confederation of theDisabled (MCD).Majlis Pemulihan Malaysia (MCR).Persekutuan Majikan-MajikanMalaysia (MEF).Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC).Persekutuan Pengilang-PengilangMalaysia (FMM).

5.1.2 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan..

(i) Membantu mengubal dasar-dasar pelaksanaan pendaftaran dan penempatan pekerjaan OKU di sektor swasta;
(ii) Memantau pelaksanaan dasar penggajian OKU supaya ianya dapat dijalankan dengan berkesan;
(iii) Mengatur strategi yang perlu bagi menangani masalah yang timbul dari masa ke semasa;
(iv) Mengkaji dan menyelesaikan masalah yang berbangkit khususnya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa peringkat negeri; dan
(v) Memantau dan menentukan pengurusan pengkalan data OKU di peringkat negeri dan kebangsaan sentiasa dikemaskinikan.

5.1.3 Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri.

a) Pengerusi: Pengarah Buruh Negeri.
b) Ahli-ahli: Penolong Pengarah Buruh Kanan.Jabatan Kebajikan Masyarakat.Jabatan Pendidikan.Jabatan Kesihatan.Jabatan Tenaga Rakyat.Jabatan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan.PERKESO.Pertubuhan/Persatuan OKU.Malaysian Confederation ofthe Disabled (MCD).Majlis Pemulihan Malaysia(MCR).Persekutuan Majikan-MajikanMalaysia (MEF).Kongres Kesatuan SekerjaMalaysia (MTUC).Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

5.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU Di Sektor Swasta Peringkat Negeri.

(i) Melaksanakan dasar pendaftaran dan penempatan pekerjaan OKU di sektor swasta;
(ii)Memantau pelaksanaan dasar penggajian OKU;
(iii)Melaksanakan serta mengatur strategi yang perlu bagi menangani masalah dari masa ke semasa;(iv) Melaporkan aktiviti penempatan OKU kepada Jawatankuasa Kebangsaan;(v) Mengurus dan mengemaskini pengkalan data; dan(vi) Membantu OKU mendapatkan kemudahan latihan untuk meningkatkan kemahiran diri.
06. PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN OKU DI TEMPAT KERJA
6.1 Pendaftaran OKU.Pendaftaran perlulah dibuat dengan menggunakan Borang �P� yang boleh didapati dari:
(i) Jabatan Buruh.

(ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(iii) Jabatan Tenaga Rakyat.
(iv) PERKESO.
(v) Pertubuhan atau Persatuan OKU.(vi) Pejabat Penghulu.

6.1.1 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Buruh atau OKU hadir sendiri di Jabatan Buruh berdekatan untuk proses pendaftaran.6.1.2 Borang pendaftaran hendaklah dikemukakan bersama salinan kad pengenalan diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ada).6.1.3 Jabatan Buruh akan memberi akuan terima pendaftaran selepas pendaftaran OKU siap diproses.

6.2 Pendaftaran majikan yang berpotensi menggaji OKU

6.2.1 Majikan boleh mendaftar dengan menggunakan Borang �M� yang boleh didapati dari:

i) Jabatan Buruh.
ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat.
iii) Jabatan Tenaga Rakyat.
iv) PERKESO.
v) Pertubuhan atau Persatuan OKU.
vi) Pejabat Penghulu.

6.2.2 Borang yang telah lengkap diisi oleh majikan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Buruh atau majikan hadir sendiri di Jabatan Buruh berdekatan untuk proses pendaftaran.

6.2.3 Jabatan Buruh akan memberi akuan terima pendaftaran kepada majikan selepas pendaftaran siap diproses.

6.3 Pengurusan maklumat dan pengkalan data.
Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia dan Jabatan Buruh Negeri adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas merekod, mengurus dan mengemaskinikan pengkalan data.


6.3.1 Maklumat diri pencari kerja:

i) Maklumat peribadi, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman OKU yang sentiasa dikemaskini.ii) OKU yang berjaya mendapat kerja atas usaha sendiri perlu memaklumkan kepada urusetia bagi tujuan rekod.

6.3.2 Maklumat tentang majikan:

i) Profail syarikat termasuk nama, alamat, telefon, fax dan e-mail.ii) Maklumat tentang penempatan OKU yang digajikan:
a) Nama dan jawatan yang disandang, kategori kecacatan. Tarikh mula bekerja dan program �suaikenal� yang telah dihadiri oleh pekerja.


b) Kesesuaian lokasi tempat kerja untuk OKU.

c) Kemudahan dan peralatan yang sesuai untuk OKU.

6.3.3 Maklumat kekosongan jawatan:

a) Deskripsi jawatan kosong.b) Kelayakan dan kemahiran yang diperlukan.c) Kesesuaian jawatan kosong untuk OKU.d) Lokasi tempat kerja.

6.4 Penempatan OKU

Jabatan Buruh dan agensi-agensi lain hendaklah membantu membuat penjodohan kerja (job � matching) berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dan kemukakan calon sesuai kepada majikan yang berpotensi dan membantu melaksanakan program temuduga.

07 TANGGUNGJAWAB JABATAN BURUH

i) Mendaftar OKU yang berupaya bekerja dan pekerja OKU yang sedang digajikan;
ii) Mendaftar majikan yang berpotensi memberi pekerjaan dan yang sedang menggaji OKU;
iii) Mewujudkan satu unit khusus di Jabatan Buruh (Ibu Pejabat) untuk tujuan menyelaraskan aktiviti-aktiviti �pre-placement, placement and postplacement�;iv) Melaksanakan penjodohan pekerjaan dari masa ke semasa;
v) Mengadakan program dan lawatan promosi untuk menggalakkan majikan menggaji OKU; dan
vi) Mengemaskini dan memantau rekod pendaftaran dan penempatan.


08 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN YANG AKAN ATAU SEDANG MENGGAJI OKU

8.1 Menyediakan suasana tempat kerja yang selamat dan mesra OKU serta memastikan penyediaan kemudahan asas yang diperlukan oleh pekerja OKU;
8.2 Menggaji OKU atas asas keupayaan, kelayakan, kemahiran dan produktiviti;
8.3 Menganjurkan program berterusan mengenai komunikasi dan interaksi yang berkesan kepada pihak pengurusan, pekerja dan OKU;
8.4 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah OKU di tempat pekerjaan serta melaporkan kepada Jabatan Buruh yang berdekatan mengenai masalah OKU yang tidak dapat diselesaikan; dan
8.5 Membekalkan maklumat mengenai peluang pekerjaan untuk OKU dan maklumat penggajian baru, sedia ada dan penamat kerja OKU ke Jabatan Buruh yang berdekatan.

09 TANGGUNGJAWAB PERTUBUHAN OKU

i) Mengemukakan kepada Jabatan Buruh Negeri yang berdekatan maklumat calon OKU yang berkeupayaan, berkelayakan dan berkemahiran untuk bekerja;
ii) Memberi khidmat nasihat dan menyediakan calon OKU untuk ditemuduga oleh majikan yang menawarkan pekerjaan;
iii) Mengemukakan maklumbalas mengenai penempatan OKU kepada Jabatan Buruh Negeri yang berdekatan;iv) Mengadakan latihan dan khidmat kaunseling kepada OKU di bawah jagaan masing-masing; danv) Memastikan latihan yang disediakan oleh pertubuhan OKU bersesuaian dengan kehendak pasaran buruh.

10 TANGGUNGJAWAB OKU

i) Mendaftar di Jabatan Buruh yang berdekatan;
ii) Menyediakan diri menghadiri program latihan sebelum bekerja yang dianjurkan oleh agensi pelaksana dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan;
iii) Menghadiri temuduga yang telah ditetapkan;
iv) Bersedia menghadapi cabaran dalam pekerjaan, sanggup bersaing dan bekerjasama serta mematuhi segala peraturan dan panduan di tempat kerja;
v) Berbincang dengan majikan atau kesatuan sekerja (jika ada) sekiranya menghadapi masalah di tempat kerja; danvi) Melibatkan diri di dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak majikan.

11 ALAMAT JABATAN BURUH DI SEMENANJUNG MALAYSIA:

Ibu Pejabat Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(D/L) 03-88865000
(T.Kerja) 03-88889111
No. Fax: 03-88892368
E-mail: labdep@po.jaring.my

Jabatan Buruh Negeri,
Wilayah Persekutuan,
Tingkat 9, Menara PERKESO,
281 Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur
(D/L) 03-42576767
(T.Kerja) 03-42579111
No. Fax: 03-42581501
E-mail: labdepwpkl@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Selangor,
Wisma Tractor, Tingkat 2, East Wing,
Lot B210 & C208,
No 7 Jalan SS16A, Subang Jaya,
Petaling Jaya.Selangor
(D/L) 03-56384535
(T.Kerja) 03-56329111
No.Fax: 03-7328259
E-mail: labdepselangor@po.jaring.my
Jabatan Buruh Negeri, Pulau Pinang,

Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra
10300 Pulau Pinang
(D/L) 04- 2613123/2625536
(T.Kerja) 04-2639111
No. Fax: 04-2638605
E-mail: jbpp@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Kedah/Perlis
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
Jalan Kampung Baru,
05532 Alor Setar, Kedah
(D/L) 04- 7322215/7300700
(T.Kerja) 04-7319111
No. Fax: 04-7301952
E-mail: labkedah@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Perak
No. 2A3, 2A4 & 2C1,
Tingkat 2, Blok A,
Bangunan Gunasama Persekutuan,
Ipoh (Greentown)
30430 Ipoh, Perak
(D/L) 05-2547872/2549405
(T.Kerja) 05-2549111
No.Fax: 05-2554031
E-mail: jbbur@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Negeri Sembilan,
Tingkat 3, Kompleks Pejabat-PejabatKerajaan Persekutuan,
70990 Seremban,Negeri Sembilan
(D/L) 06-7616517/06-7632459
(T.Kerja) 06-7249111No. Fax: 06-7616316
E-mail: jbns@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Melaka
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Hang Tuah, Peti Surat 67,
75300 Melaka
(D/L) 06-2824163/2824651/2824099
(T.Kerja) 06-2829111
No. Fax: 06-2825434
E-mail: jobmal@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Johor,
Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan,
Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru, Johor.
(D/L) 07-2230594/2243188/2243189
(T.Kerja) 07-2229111
No. Fax: 07-2232303
E-mail: labdept@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Pahang,
Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut,25532 Kuantan, Pahang.
(D/L) 09-5527016/5522144
(T.Kerja) 09-5159111
No. Fax: 09-5553606
E-mail: jbpahang@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Terengganu,
Jalan Air Jernih,20300 Kuala Terengganu,
Terengganu
(D/L) 09-6233450/6234781
T.Kerja) 09-6239111
No. Fax: 09-6239659
E-mail: Jbktpbnt@tm.net.my

Jabatan Buruh Negeri, Kelantan,
Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu,Kelantan.
(D/L) 09-7485078/7482506
(T.Kerja) 09-7479111
No. Fax: 09-7474506
E-mail: buruhkel@tm.net.my

Pejabat Buruh Wilayah Persekutuan Labuan,
Tingkat 6, Blok 4,
Kompleks Ujana Kewangan,
Jalan Merdeka,
87007 Wilayah Persekutuan Labuan,
Sabah.
(D/L) 087-412753
(T.Kerja) 087-429111
No. Fax: 087-422529

12 PENGHARGAAN

Kod Amalan Penggajian OKU Di Sektor Swasta telah digubal oleh Jabatan Buruh dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja, pertubuhan OKU, para akademik yang khusus di dalam bidang OKU serta pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan yang berkaitan, pertubuhan dan individu-individu atas sumbangan bernas dan bernilai sepanjang perbincangan merangka draf kod amalan sehingga berjaya disediakan. Organisasi yang menjadi ahli Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Kod Amalan Penggajian OKU Di Sektor Swasta ialah seperti berikut:
ChipPac (M) Sdn.Bhd.Disability Research Centre (DRC)Jabatan Kebajikan MasyarakatJabatan Perkhidmatan AwamJabatan Pendaftaran NegaraJabatan Tenaga RakyatJawatankuasa Penyelaras Program Pemulihan Dalam Komuniti KebangsaanKementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan MasyarakatKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanKementerian Kesihatan MalaysiaKelab Rotary MalaysiaKFC (M) Sdn.Bhd.Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)Majlis Pemulihan Malaysia (MCR)Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta MalaysiaPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota MalaysiaPersatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)Persekutuan Orang Pekak MalaysiaTan Chong Motor Assemblies Sdn.Bhd.Universiti Kebangsaan MalaysiaJabatan Buruh Semenanjung Malaysia - Urusetia

Friday, June 12, 2009

Salam

Salam semua yang sedang membaca / mengikuti blog nie..
Hari ini aku cuba coretkan bait-bait pertama sebagi blogger kat Juvitaku.
Yeee..laa dah lama aku tak berkecimpung dengan dunia mayaaa niee..kokap juga laa..
Nie dok tengah belajar setting blog niee...slow-slow laaa kan..

Lagi pun sibokk sangat sekarang niiee..tengok laaa kalau ada masa nanti malam-malam bleh laaa menaip...pecah minda kepala nie.... jadi sesiapa yang ada idea nak berbincang pendapat bleh laaa kongsi sesama yee, bleh laa email guna alamat juvitaku@gmail.com ... nanti kita jumpa lagii.. ayoooois..

Thursday, June 11, 2009

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.Ketikamereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus dirumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkat tikus !”Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak adakena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati…tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.

“Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawapan sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata “Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.


Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA…PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Wednesday, June 3, 2009

Sikap bakhil nafi kesempurnaan iman

SETIAP orang berasakan dirinya tidak bakhil, walaupun pada pandangan dan ukuran orang lain dia sebenarnya bersifat demikian, sehingga lupa untuk berzakat, bersedekah, memberikan belanja pada keluarga dan ibu bapa. Malah, dia mengatakan dirinya bukan seorang yang kikir, tetapi cuma berhemat. Justeru, dia menyedekahkan pakaian yang lusuh kepada orang lain dan cukup berkira untuk berbelanja, khususnya kepada orang sekelilingnya.
Tetapi suka atau tidak, mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab seperti di atas atau masih menunaikannya, namun dengan rasa berat hati seperti contoh terbabit sebenarnya tergolong dalam golongan yang bakhil.Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:

Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan.
Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.


Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.

Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.

Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."

Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.

Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir. Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.

Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.


Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.