Thursday, August 27, 2009

Solat Jama' Qasar


Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, ramai yang telah merancang nak balik kampung kannn... jadi tentu dah rancang nak singgah berbuka & solat kat mana2... so, disini sebagai ulangkaji aku sertakan panduan ringkas solat Jama' dan Qasar... ada ustaz kata kalu kita dah diharuskan solat jama' & qasar. Maka kita kena buat Jama'&Qasar.. tak seharusnya kita solat tammam(solat biasa)...yee laaa kan ke Allah telah mudahkan kita.. kenapa kita tak berterima kasih....

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Wednesday, August 26, 2009

RON95 vs RON97



Memandangkan 1 Sept 2009 nie di kuatkuasakan harga petrol baru jadi aku masukkan artikel tentang Petrol.

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar. RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna?


Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda?


Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol. Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di negara kita (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).


Adakah RON97 lebih baik daripada RON95?


Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?


Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?


Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri.Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang.

Cuba rujuk kepada yang pakar, di sini aku sertakan FAQ yang dicatatkan melalui website caltex:


RON : Frequently Asked Questions
• What is RON®?

RON (Research Octane Number) is a rating of petrol. It determines a petrol’s ‘anti-knock’ quality or resistance to pre-ignition or detonation as it burns in the combustion chamber. Knocking is an abnormal combustion and should be prevented as it is damaging to the engine.

• What petrol is sold in Malaysia currently?

Service stations in Malaysia currently retail petrol products of RON92 (Silver with Techron at Caltex) and RON97 (Gold with Techron at Caltex). At the moment, vehicles requiring RON95 and below are also utilizing RON97.

• What vehicle types are able to use RON95?

Most vehicles are able to use RON95. However, it’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.

• (i) I am a RON92 consumer. Won't switching to RON95 damage my vehicle's engine?

The main difference between RON92 and RON95 is their octane ratings, indicated by the number in the product name.

Using petrol of a higher RON will not hurt your car. You just need to find a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.

• (ii) I am a RON97 consumer. Won't switching to RON95 damage my vehicle's engine?

The main difference between RON97 and RON95 is their octane ratings, indicated by the number in the product name.

Using petrol of a lower RON may or may not hurt your car. You just need to find a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.

• Should I empty my car's petrol tank before refueling with RON95?

This depends on the amount of remaining petrol in the petrol tank. The smaller the amount, the faster you can derive the benefits of RON95.

• What is the effect on the performance of the engine if petrol of a different RON is mixed together?

It is not recommended to mix different RON levels as this might result in sub-optimal performance. For example, if you have added a lower-than-recommended RON in the mixture, this can result in knocking and can cause a loss of power.

• What is the impact of RON95 usage on the environment?

At present, there is insufficient data to adequately prove that a higher or lower RON grade poses an environmental issue.

• Do I have to always pick the highest octane rating petrol for my vehicle?

The highest octane rating may not necessarily be the best for your car. You should choose a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.

• Does a higher RON indicate a more environmentally-friendly fuel product? How about greater power?

The true difference between the grades of petrol lies in an engine’s requirement. This does not guarantee a promise of greater power or a more environmental option as the number increases. This infers that cars using RON products greater than their engine requirements may not be necessarily gaining better performance than if they adhered to their car Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendations.



Semoga kita dapat panduan yang betul..ok

Sunday, August 16, 2009

Mindaku yang sealiran..

Hebat sangatkah barat? Renung2kan...

Kebanyakan pemimpin politik, intelektual, profesional serta parak korporat dinegara mundur atau miskin, negara membangun mahupun negara maju lain termasuk negara kita Malaysia sering menjadikan bahasa, cara hidup, pendidikan, perundangan, sistem, politik, ekonomi, pemikiran, kehebatan, keupayaan, teknologi serta pelbagai lagi sumber dari barat terutama negara Amerika dan British. Apakah benar kita berkiblatkan barat? Kadang2 kita menjadi semakin semakin taksub sehingga kalau boleh mahu beristerikan atau bersuamikan orang putih walau apa jua tahap pendidikan dan pekerjaan mereka sehingga melupakan jatidiri, budaya, adat resam mahupun agama.

Dengan hanya berbekalkan kebolehan berbahasa mereka cukup membanggakan kita dan memudahkan kita mendapat pekerjaan yang baik dipasaran kerja terbuka. Kalau ada slang macam mereka, lagilah hebat! Pokoknya, apa yg datang dari sana adalah sempurna dan yg terbaik. Segelintir para bijak pandai pun cuba berfikir dan menjadi seperti mereka disana. Apakah benar semua itu? Bagaimana kita mahu jadikan negara dan bangsa malaysia ini maju disamping mempunya nilai kualiti dan budaya mengikut acuan kita sendiri kalau kita sering berpandangan dan berfikiran sedemikian.

Apakah kurangnya ilmu serta kualiti mahupun tahap profesional seorang jurutera itu jika mendapat pendidikan dari bahasa melayu di universiti tempatan berbanding yg belajar di luar negara dan mahir berbahasa inggeris. Apakah pendidikan yg diajar didlm Bahasa Melayu menjadikan pelajarnya kurang kualiti ilmunya, bertaraf rendah atau menjadi mundur? Bukankah ilmu itu sama walau dgn apa bahasa sekalipun yg dipelajarinya? Begitulah anggapan dan pemikiran para gedebe kita yg sering dilihat gaya hidup dan pendidikan yg diasuh sedari kecil hingga ke universiti berkiblatkan barat.

Mereka inilah kebanyakannya yg menjadi pengemudi negara samada di bidang politik, pentadbiran mahupun ekonomi. Mereka ini dikatakan dan merasakan diri mereka dari golongan elit atau bangsawan yg tidak menyedari kesusahan dan perit maung yg dihadapi rakyat jelata tetapi ditangan mereka ini jugalah terletak masa depan anak kita dan halatuju negara. Mereka akan berfikir, merencana dan melaksanakan sesuatu berdasarkan perspektif dan persepsi mereka. Sekiranya rosak mereka, rosaklah kita dan masa depan kita semua.

Untuk memahami tentang keadaan globalisasi pada masa ini, apa kata kita baca sedikit artikel yg bermanfaat yg aku postkan dibawah ni bagi membuka minda dan pengetahuan kita tentang dunia hari ini. Mungkin sebagai 'enlightment' atau pencerahan pemikiran untuk apa yg kita fahami pada masa hadapan. Lu fikirlah sendiri beb!

BACA UNTUK PENCERAHAN

APA ITU IMPERIALISMA
Imperialisma ialah pencapaian akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Imperialisma adalah tahap dimana modal yang dilabur telah sampai ke kemuncak. Era kita pada kita ini adalah era imperialisma. Ciri akhir imperialisma ialah wujudnya empire. Dalam sejarah tamadun manusia banyak Empire telah di didirikan. Empire Iskandar Zulkarnain dari Mercedonia hingga ke India. Kaput. Empire Rom – hampir seluruh tanah dipersisiran Laut Tengah, tanah besar Eropah hingga ke Britain akhirnya kaput juga. Empire Napolean – menjajah Eropah – akhirnya kaput. Empire Ottoman, Empire Mongol – semuanya masuk kain kapan. Portugis, Sepanyol dan Belanda juga pernah memiliki empire. Empire Jepun juga kaput. Semuanya runtuh

Hari ini warga dunia anak semua bangsa sedang berhadapan Empire Global Amerika Syarikat. Empire ini muncul hasil dari perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya kaum pemodal hanya melabur di tanah asal negara masing-masing. Mereka menggunakan bahan tempatan. Menggunakan tenaga buruh tempatan. Berjual beli untuk warga tempatan. Dasar sistem kapitalis - beli murah, upah murah dan jual mahal – menjadikan kaum pemodal dapat mengumpul keuntungan bertimbun tambah.Dalam hukum ekonomi kapitalis - keuntungan yang dikumpul ini wajib berkembang dan dikembangkan – jika tidak sistem kapitalisma akan mati. Justeru kaum pemodal memerlukan bahan-bahan mentah baru. Memerlukan tenaga buruh yang lebih banyak. Kaum pemodal memerlukan kawasan pemasaran yang lebih luas untuk mendapat bahan mentah dan warga untuk menjadi tukang beli.Maka kapitalisma membuka era zaman penjajahan/kolonialisma – zaman mencari tanah jajahan.

Dalam era kolonialisma – mencari tanah jajahan – kita melihat empire British, empire Sepanyol, empire Belanda dan Portugal berebut-rebut mencari tanah jajahan. Afrika, Amerika Latin dan Asia ditibai, dipecah dan ditaklok.Tanah jajahan diperlukan untuk mengaut hasil bumi – bahan galian, kayu kayan dan hasil pertanian. Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda.Cara menjalankan dasar penjajahan cukup senang. Gaduhan antara satu bangsa dengan yang lain. Sokong satu dan tibai yang lain. Gaduhkan Acheh dengan Melaka. Gaduhkan Melaka dengan Pasai. Di Perak - sokong Sultan Abdullah dan jatuhkan Sultan Ismail. Beri mereka senjata biar mereka bergaduh. Naikkan Sultan Abdullah tetapi buangkan Sultan ini ke lautan Hindi apabila baginda berani melawan.Bawa masuk China dan India ke Tanah Melayu. Sokong satu bangsa dan tibai yang lain. Kemudian pecahkan negara itu. Satu untuk British dan satu untuk Belanda. Satu jadi Indonesia dan satu Malaysia. Pecahkan lagi Malaysia – munculkan Singapura.

Di India - British memecahkan Bharat dengan Pakistan tetapi sengaja meninggalkan Khasmir untuk memastikan India dan Pakistan akan terus bermusuh. Kemudian pecahkan lagi Pakistan – munculkan Bangladesh. Vietnam dan Korea jadikan dua – satu Utara dan satu Selatan. Tibai yang Utara dan beri senjata pada yang Selatan.Di negara Arab gunakan taktik yang sama. Pecah-pecahkan negara Arab- disetiap batang pokok kurma wujudkan seorang Emir, Al-Malik atau Sultan. Kemudian rampas bumi Palestin dan wujudkan Israel. Jadikan Israel pengkalan tentera yang terkuat – dengan tujuan untuk memastikan negara Arab yang telah dipecah-pecah akan terus bergaduh. Tidak cukup dengan ini gaduhkan Sunni dengan Shia.

Untuk memastikan tanah jajahan dapat dikawal wujudkan barua-barua yang setia. Nobatkan mereka dengan gelaran Sir atau kahwinkan mereka dengan perempuan lacur Mat Saleh. Jadikan pemimpin berkulit hitam ini King Kong. Temberangkan jantan-jantan hitam ini dengan mitos - jika mereka ada ‘mem’ berkulit puteh maka mereka ada kelas. Jantan dari Asia dan Afrika akan terjelir lidah apabila melihat perempuan Mat Saleh terkangkang. Kalau tidak - jual candu – jadikan Sultan Husin seorang pemadat dan ambil Singapura.Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini. Atau mereka yang telah dibebal dan dibonsaikan fikrah dengan Kancil dan Kenari yang tidak memgetahui hal ini.

Hari ini taktik dan mondus operandi yang sama sedang dijalankan oleh Empire Global Amerika Syarikat. Cuma dengan perkembangan tamadun manusia ada sadikit perubahan – bukan perubahan zat tetapi perubahan kulit. Hakikat, niat dan cita-cita imperialisma – dari zaman Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Barack Obama adalah sama – untuk menjarah harta kekayaan dunia. Kalau di zaman empire Rom – dari Baitulmukadis hingga ke Lodonian diwujudkan pengkalan tentera. Kalau di zaman empire British dari Terusan Suez hingga ke New Zealand pos-pos soldadu telah didirikan. Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini. Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala.

Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia.Dengan perubahan politik – diera pasca perang dunia ke dua – maka pengkalan tentera wajib didirikan melalui perjanjian. Justeru Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain membuat penjanjian terbuka – Five Power Defence Arrangement. Britain pula terikat dengan perjajian-perjanjian lain seperti dengan Amerika dan dengan North Amerika Treaty Organisation( Nato). Semua perjanjian pertahanan ini ikat mengikat. Dalam masa yang sama warga tidak tahu apa lagi pejanjian-perjanjian ‘gelap’ yang telah ditanda tangani antara barua-barua tempatan dengan kuasa imperial. Seperti di zaman Rom – bala tentera ini siap siaga untuk menumpaskan apa sahaja bentuk pemberontakan – sama ada warga Yahudi di Baitumukkadis di zaman Isa dari Nazareth atau warga Arab di Jordan dan Syria. Senjata dan perang adalah taktik dan strategi yang digunakan oleh kuasa imperialisma untuk memastikan mereka akan terus dapat membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Perang adalah salah satu dari watak kapitalisma. Selagi kapitalisma wujud selagi itu perang akan wujud. Jangan berangan-angan mengangat-angat jari dan melaungkan ‘peace now’. Damai tidak mungkin wujud dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Perang adalah sebahagian dari syarat yang menghidupkan kapitalisma. Kapitalisma memerlukan perang seperti manusia memerlukan oksigen. Perang dan kapitalisma macam taik dengan lalat.Dengan harta kekayaan yang terkumpul – imperialisma yang mewakili kaum pemodal antrabangsa - pada ketika ini sedang merancang untuk mewujudkan apa yang dipanggil New World Order – Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru ini akan dikepalai oleh Amerika Syarikat. Rancangan-rancangan telah dan sedang diatur untuk mewujudkan Satu Kerajaan Dunia – The American Global Empire. Telah diwujudkan lembaga-lembaga yang akan memaksa semua negara tunduk dibawah peraturan lembaga-lembaga ini. Bank Dunia, IMF, World Trade Organisation bertugas untuk mengendalikan ekonomi. Pertubuhan PPB untuk dijadikan rujukan perundangan dunia. Mahkamah Dunia sebagai badan kehakiman. Bala tentera Anglo-Amerika akan menjadi penguatkuasa – seperti yang telah berlaku di Kosovo dan sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Dibawah empire Amerika semua negara-negara akan tunduk menyembah dan membayar ufti. Sesiapa yang engkar akan diserang. Semenjak selesai Perang Dunia ke Dua tentera Amerika telah menyerang - Iraq, Iran, Afghanistan, Lebanon, Philipina, Liberia, Yugoslavia, Somalia, Korea, Panama, Cuba, Grenada dan Libya. Ini serangan terbuka dan belum diambil kira serangan proksi yang dilakukan dengan menggunakan barua tempatan seperti di Nicaragua.Negara kita juga tidak akan terlepas dari cengkaman Empire Global Amerika. Amerika telah memberi tekanan untuk membuka pasaran – liberalisasi – dalaman negara kita. Free Trade Agreement adalah perjanjian berat sebelah untuk menekan negara-negara dunia ketiga. Tujuan FTA ini ialah untuk membolehkan syarikat gergasi dunia membeli/memiliki air, api, talipon, hospital, bank, beras, tanah, minyak dan apa sahaja harta kita untuk menjadi harta mereka. FTA mengajukan pengswataan. Mahathir Muhamad hanya mengikut telunjuk dan menjalankan dasar penswastaan dalam negara kita.

Empire Global Amerika amat suka kepada pemimpin dunia ketiga yang memiliki banyak masalaah dan banyak skandal. Lagi banyak rasuah, lagi banyak skandal, lagi zalim terhadap rakyat - lagi kuat sokongan Amerika. Malah jika pemimpin itu terlibat dalam kes bunuh membunuh – si pemimpin ini amat-amat disayangi oleh Amerika. Pemimpin dunia ketiga seperti ini amat senang disuruh arah dan akan mengikut telunjuk kaum pemodal Anglo-Amerika. Untuk sebuah empire bernafas ianya memerlukan sebab dan musabab. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Pada awalnya empire telah menjajakan hujah bahawa mereka datang untuk mentamadunkan orang berkulit hitam. Mereka datang untuk melawan kejahilan yang dianggap musuh. Maka kaum pemodal datang ke Amerika Latin, Afrika dan Melaka dengan kitab Injil dan Padri. Tujuan sebenar untuk merembat harta kekayaan.

Bila kitab Injil tidak laku lagi maka kaum pemodal membuat helah baru. Kali ini mereka datang untuk membawa kebebasan dan demokrasi. Kali ini musuh yang hendak dilawan ialah anak negeri tanah jajahan yang bangun melawan mereka. Anak tanah jajahan yang nasionalis, yang sosialis dan yang komunis – yang berani mengangkat senjata melawan kuasa kaum pemodal dicap sebagai musuh kepada demokrasi.

Hari ini Empire Global Amerika - telah menggunakan 9/11 ini sebagai satu hujah untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika bahawa musuh dunia hari ini ialah keganasan. Ledakan bangunan World Trade Center itu dilakukan oleh ‘orang dalam’ bertujuan untuk mengolah persetujuan agar musuh yang halimunan ini diyakini kewujudannya.Semua ini bohong. Tujuan empire dari zaman Iskandar Zulkarnain masih tidak berubah – untuk menjarah harta kekayaan dunia ini.Warga seluruh dunia – anak semua bangsa - hari ini kita semua sedang berhadapan dengan kuasa empire yang licik, ganas dan memiliki kekuatan bala tentera yang maha hebat. Tetapi sejarah juga telah menunjukkan kuasa empire ini hanyalah harimau kertas. Bala tentera empire yang melintasi lima benua telah mula menjadi gergasi berkaki kaca. Amerika telah pernah dikalahkan di Vietnam pada tahun 1975. Amerika sedang terasak tenat di Iraq dan Afghanistan. Pertempuran terus berlaku dimerata pelusuk dalam dunia. Walau bagaimana besar sekali pun kekuatan bala tentera Amerika – tidak mungkin dapat mengawal jika seluruh rakyat dunia bangun melawan.

Di Amerika Latin warga telah mula bangun dan menghumbankan barua dan tali barut tempatan yang bersekongkol dengan kauam kapitalis antarabangsa. Banyak negara di Amerika Latin telah berjaya mendirikan kerajaan yang bertuankan rakyatKita di Malaysia wajib sama serirama dengan warga dunia untuk menghumbankan parti-parti politik yang selama ini menjadi barua kaum pemodal Anglo-Amerika. Parti-parti politik ternakan kuasa imperial ini sedang menggunakan taktik pecah dan perintah. Elit politik yang di pilihara dari zaman British dahulu sedang mengadu dumba – China lawan Melayu – Bumiputera dengan yang bukan Bumiputera. Elit politik ini secara sedar – untuk terus berkuasa – sedang cuba menimbulkan perselisehan antara Melayu dengan Cina – atas nama Islam. Ini samalah seperti taktik yang digunakan oleh Amerika di Iraq – gaduhkan Sunni dengan Shia. Pasti ada warga kita yang akan terperangkap. Pasti ada yang akan terpengaruh.Seperti taktik empire – menimbulkan pergaduhan adalah cara untuk mengolah persetujuan orang ramai. Apabila warga bergaduh sesama sendiri maka tidak akan dapat terwujud satu barisan yang kompak bersetiakawan untuk menjatuhkan elit politik yang diternak oleh kuasa imperila Anglo-Amerika.

Jika kita semua tahu taktik dan strateji Empire Global Amerika pasti kita tidak akan membenarkan diri kita terus dijajah. Warga yang cerdik, yang berilmu dan memiliki keupayaan fikrah akan menjadi susuk yang bebas yang dapat memahami apa kapitalisma dan apa imperialisma. Justeru, tugas susuk yang bebas merdeka ialah bangun membawa pencerahan. Hanya dengan pencerahan baru projek membodoh warga dapat digagalkan.

Susuk yang bebas merdeka akan juga mengagalkan projek Tata Dunia Baru dan meruntuhkan Empire Global Amerika

Saturday, August 8, 2009














Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia